Entah kenapa sejak kebelakangan ni ana merasakan kehilangan . Something missing . Macam ketinggalan sesuatu pun ada juga. Ana hanya mampu dengar dan lihat. Dengar keriuhan , dengar gelak ketawa dan perbualan . Lihat kemeriahan, lihat keakraban , dan lihat kemesraan . Tapi seolah-olah ana sedang menonton wayang gambar yang ana tiada dalam keriuhan dan kemeriahan itu. Kerana ana tiada dalam gelak tawa dan keakraban itu dan kerana tiada dalam perbualan dan kemesraan itu .
Sesekali ingin mencelah, ana tidak tahu apa pucuk
pangkal cerita yang sedang dibualkan. Ingin turut berketawa, ana tidak faham
apa yang sedang diketawakan. Ingin turut memeriahkan suasana, ana tidak tahu di
mana keakraban yang pernah ada dulu. Macam sudah sirna semuanya. Seperti cahaya
terang yang semakin malap dalam anganan.
Ana
sudah mencuba untuk menjadi seperti, Fatimah Syarha . Tapi terasa seperti
menjadi orang lain pula. Tidak ! be yourself ! ana katakan pada diri . Ana ke
yang berubah ? Ada waktu ana bermenung-menung sendirian. entah. Tidak
mengapalah.....ana perlu belajar untuk fasa yang seterusnya walaupun sangat
rindukan situasi yang keterbelakang itu. Ana perlu terus melangkah gagah
walaupun amat berat terasa. Mungkin sekarang hanya itu yang mampu ana lakukan.
Lihat, dengar dan diam. Masa akan menentukan segalanya . mungkin mendiamkan diri
itu lebih baik . Izinkan ana menyertai
kerahsiaan itu suatu hari nanti.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Selalu bertanya pada diri , salah kah apa yang ana buat ? dan kenapa terus-terusan ditomah? kan bagus kalau cakap baik baik . . .membiarkan kata kata yang didengari merasakan betapa menusuk ke dalam hati. Bicaranya tanpa ada belas dan simpati. Kadang sunyi tanpa ada pembalasan menjawab setiap tomahan . Bukan kerana diam itu membawa erti kalah , cuma membiarkan setiap sesuatu itu dibawa pengertian sendiri . Ye . SEDIH . sangat sedih. sangat sakit. tapi berpegang pada prinsip diri 'biar hilang seseorang kerana Allah, jangan hilang Allah kerana seseorang' .
Apape pun , ana bahagia , walaupun dalam duka . mungkin. kelebihan yang ada lebih patut dilihat daripada melihat kekurangan di luar sana . kan ? melihat dan merasai kelebihan itu menggembirakan. melihat dan merasai kekurangan itu menyedihkan, kan ? :) kalau ada perkara yang menggembirakan mengapa perlu kita fokus pada kekurangan yang menyedihkan . betul tak ? walau terasa sakitnya sebuah ujian , sembunyikan lah dengan kemanisan iman . so , keep smile dalam setiap keadaan sebab ana cuma hamba yang takkan lari dari ketakutan , hamba yang tak mampu lari dari ketentuan , tapi . . . ana ada doa untuk terus memohon kekuatan .

