kemuliaan umat akhir zaman!

bismillahirrahmanirrahim ... 
- rindu itu datang kembali-


 Ketika itu Nabi Muhammad SAW sedang duduk bersama para sahabat . Diantaranya ialah Saidina Umar , Osman , Ali , Abu Bakar dan lainnya ...lalu kemudian baginda bertanya pada para sahabat ...
''Wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia di sisiNya? '' 
Para sahabat terdiam . Lalu , kemudian salah seorang sahabat mengatakan , ''para malaikat ya Rasulullah...mereka lah yang mulia..'' Baginda berkata , ''Ya, para malaikat itu mulia kerana mereka dekat dengan Allah . Mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah..sudah tentu malaikat mulia, tapi ... bukan itu yang ku maksudkan..'' jawab baginda . Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam .. 
  Tiba-tiba seorang sahabat pula berkata..''tentulah para Nabi itu mulia ya Rasulullah.'' 
Nabi Muhammad tersenyum dan berkata ..''Ya, para Nabi itu mulia..mereka adalah utusan dari Allah.Sudah tentu mereka mulia , tetapi ada yang lainnya..'' kata baginda kembali.
   Para sahabat terdiam lagi...lalu bertanya , ''siapakah lagi yang mulia ???'' lalu seorang sahabat bertanya, ''Apakah kami sahabatmu yang mulia itu ya Rasulullah?''
   Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dengan penuh kasih sayang lalu berkata, ''tentulah kalian mulia..kalian dekat denganku malah kalian membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia . Tapi , ada lagi lain yang mulia..'' lalu para sahabat terdiam semuanya...mereka tidak mampu berkata apa apa lagi. Lalu ....
    Bayangkan tiba-tiba baginda SAW menundukkan wajahnya lalu menangis . Penuh sayu~~ para sahabat pun tertanya, ''kenapa kau menangis ya Rasulullah?'' lalu baginda mengangkat wajahnya , kelihatan airmata yang berlinangan membasahi pipi dan janggut baginda lalu berkata..''Wahai saudaraku, sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu?''
   ''Mereka adalah manusia manusia yang akan lahir lama selepas wafatku nanti...Mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tidak pernah memandangku, tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian tetapi mereka begitu rindu kepadaku..''
    Dengan penuh kasih sayang baginda berkata...''dan saksikanlah wahai sahabatku semua, aku pun rindu kepada mereka...dan mereka .. mereka yang mulia itu , merekalah umatku. ''
Bayangkan pada saat itu baginda menitiskan airmatanya,lalu sahabat turut menangis .

 * Allah!! sengaja ana kongsikan kisah ini walaupun ana tahu ramai yang dah makruf tentangnya ... tetapi sekadar untuk mengingatkan kembali pada diri ana dan sahabat-sahabat semua ......
firman Allah dalam surah Ali-Imran : 31 ''katakanlah(wahai Muhammad) jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mencintai kamu dan Dia(Allah) akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah maha pengampun lagi maha mengasihani .. sollu 'ala annabiyy!

''Ya Allah sampaikanlah salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia
Ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih keluarganya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan
Sebanyak bilangan nikmatMu dan kemuliaanMu Ya Allah..''


Maulid Nabi .


   bismillah ... di sini ana ada sedikit perkongsian untuk ana kongsikan dengan sahabat sahabat ana..It's about mawlid nabi .. sumbernya ana dapat dari buku biografi bercahaya Muhammad Rasulullah oleh Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al-Linggi ... ana dapatkan buku ni pun dari ustaz ana : ) 



Mawlid Nabi SAW menaikkan semangat umat islam berjihad !

   Raja Abu Sa'id al-Muzaffar adalah merupakan orang pertama yang mengadakan dan memperingati mawlid nabi SAW secara besar-besaran. Beliau adalah seorang raja yang memerintah kerajaan Irbil, di negara Iran. Untuk mengadakan maulid Nabi, beliau telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 300 ribu dinar pada waktu itu.
   Irbil adalahsebuah negeri yang kecil, pernah diserang dan diserbu oleh Raja Mongolia, Zengis Khan. Ini membuatkan Raja Muzaffar berfikir dan membayangkan , apabila rakyat sudah tidak memiliki daya tahan juang yang tinggi. Sudah pasti mereka akan menjadi korban keganasan dan kekejaman tentera Mongolia.
   Pada masa semangat rakyat mulai lemah dan goyah , Raja Muzaffar telah mendapat buah fikiran yang bernas iaitu dengan cara mengadakan Maulid Rasulullah SAW. Di dalam sambutan itu, dibacakan riwayat-riwayat kehidupan Rasulullah. Ternyata dengan mengadakan majlis tersebut, menjadikan semangat rakyatnya bangkit kembali serta menambahkan perasaan berani menghadapi musuh. Dengan tentangan keras dan sikap tidak mudah menyerah kalah , negeri Irbil tidak berhasil ditakluki oleh tentera-tentera Mongolia .
   Idea Raja Muzaffar ini kemudian digunakan pula oleh Solahuddin al Ayyubi untuk membangkitkan semangat rakyat dalam Perang Salib, yang berlarutan cukup lama. Ketika itu, dunia Islam sedang menghadapi gelombang tentangan dari berbagai bangsa Eropah, Perancis, Jerman dan Inggeris.
   Pada awalnya, cadangan Solahuddin al Ayyubi ini ditentang oleh para ulama’. Ini kerana sejak zaman Nabi S.A.W, peringatan Maulid seperti itu yidak pernah ada. Tambahan pula hari raya rasmi menurut Islam cuma ada dua iaitu, ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Akan tetapi Solahuddin menegaskan, perayaan Maulid Nabi S.A.W hanyalah majlis yang akan menyemarakkan syiar Islam, bukan perayaan yang bersifat biasa dan bukannya dikategorikan bid’ah yang sesat.
   Ketika Solahuddin al Ayyubi meminta persetujuan dari Khalifah al Nasir di Baghdad, ternyata Khalifah merestui tindakannya dan bersetuju. Maka pada ibadah haji bulan Zul Hijjah 579 Hijrah bersamaan 1183 Masihi, Solahuddin al Ayyubi memaklumkan kepada seluruh jemaah haji, jika pulang ke negeri masing-masing agar menyebarkan kepada umat Islam bahawa, mulai tahun 580 Hijrah 1184 Masihi, tanggal 12 Rabi’al Awwal adalah merupakan hari perayaan Maulid Nabi S.A.W yang harus dihidupkan dengan berbagai kegiatan yang membangkitkan semangat umat Islam.
   Salah satu atur cara yang diadakan oleh Solahuddin al Ayyubi pada peringatan Maulid Nabi S.A.W adalah mempertandingkan sayembara penulisan riwayat beserta puji-pujian bagi Rasulullah S.A.W dengan bahasa yang seindah mungkin. Seluruh ulama’ dan tokoh-tokoh sasterawan diundang hadir mengikuti majlis tersebut. Pemenangnya adalah Syeikh Ja’far al Barzanji. Karyanya yang terkenal sebagai kitab Berzanji yang sering dibaca umat Islam di seluruh dunia pada setiap kali Maulid Nabi S.A.W.
   Ternyata peringatan Maulid Nabi S.A.W yang diadakan Solahuddin al ayyubi itu membuahkan hasil yang memuaskan. Semangat umat Islam dalam Perang Salib bergelora kembali. Pada 583 Hijrah 1187 Masihi, Jerussalem dapat ditawan kembali oleh Solahuddin al Ayyubi dari tangan bangsa Eropah, dan Masjid al Aqsa kembali menjadi tempat beribadah umat Islam.

---------------------------------------------------------------------------------------------
   Mengikut  pengertian Maulid Nabi S.A.W dari pandangan Tuan Guru kami, Al ‘Allamah al Muhaddith Sayyid Muhammmad ibn ‘Alawi al Maliki dengan katanya: “Menurut pandangan saya, tidak ada aturan tertentu mengenai peringatan Maulid Nabi S.A.W  yang mesti dilakukan  dan harus dilazimi orang, melainkan hanya yang mendorong pada suatu kebaikan dengan mengumpulkan orang-orang ramai untuk diberi petunjuk yang berisi manfaat agama atau manfaat dunia. Makah al itu sudah mencapai maksud Maulid Nabi S.A.W yang sebenarnya.

Oleh kerana itu, sekiranya kita berkumpul di dalam suatu majlis, lalu diisi dengan pujian kepada Rasulullah S.A.W, menceritakan ketinggiannya, perjuangannya, keistimewaannya, tetapi tidak dibacakan kisah Maulid Nabi S.A.W yang biasa dilakukan orang-orang, yang mana mereka beranggapan bahawasanya Maulid Nabi S.A.W itu tidak sempurna.

Kemudian kita mendengar ceramah-ceramah dan kata-kata nasihat, serta mendengar dari bacaan ayat-ayat al Quran, maka menurut pendapat saya, itu sudah termasuk Maulid Nabi S.A.W, dan sudah memenuhi erti peringatan Maulid Nabi S.A.W. Inilah definisi Maulid yang tidak menyimpang dan tidak menyeleweng.

biografi bercahaya Muhammad Rasulullah

sekembalinya aku ke tanah air~


bismillahirrahmanirrahim ......
 Allah .. *teruja   Dari mana nak mula ea ... rasa macam kekok . dah lama tak post apape kann kat sini .


okayy , now kita mula dengan pengkhabaran bahawa cik fatin farhana ni dah selamat sampai ke tanah air tercinta (Malaysia)  huh ! macam tak percaya kann ... tu lah pasal nye ... empunya diri pun tak percaya jugakk .. huhu >,<
bukti bukti yang boleh dikatakan kukuh jugak lah ... ni dia , di bawah :-




dah cukup kukuh la tu kan ??  jap , ana balik ni bukan sebab keadaan di Mesir yang huru hara...tapi memang ada perancangan untuk balik . btw , some of my friends dok cakap Mesir tu dah huru hara , tak selamat lah ... apa lah . terkilan jugak ana dengar . sedih . Mesir is not like what they said . especially , media. tunjuk yang buruk2 je . kesian dekat ibu , abah , nenek ..semua risau . *sangat risau . macam askar tu ade kt depan ana je ...nak tembak ana -_-'

  Kayy , the first thing ..... segala puji bagi Allah yang memberi ruang dan peluang untuk ana balik jugak tahun ni for gathering with my big family , cousins . Buka puasa and raya sama sama tahun ni . mesti seronok sangat raya kt Malaysia . oops! bukan nak cakap raya kat Mesir tu tak seronok tapi ....ermmmmm ....camne ea nak cakap , lebih kurang macam tu lah . tak meriah pun . biasa biasa je....mungkin sebab ana bukan lah rakyat Mesir kann ..so tak tau macam mana meriahnya dorang gathered dengan dorang punya family kann :)

   Actually , now i'm a niqabis.^^ macam tak percayee . memang before this, ana ada cakap yang ana nak istiqamah berniqab sampai di Malaysia kann ... but , ana tak yakin . And lastly , dalam kereta on the way balik rumah from airport .. ana tanya ibu dengan abah , nak teruskan pakai macam ni kee? then , mereka cakap , teruskan je lahh .. ana tanya balik , selama-lamanya? then mereka cakap , nanti kalau dah bersuami , ikut lah suami ... takde masalah kann .... and i'm just say , hmmmmm....
   
    Dan keesokan harinya pulak.. ibu ajak pergi Tesco, cari barang . Then , ana pun siap-siap..tapi tak keluar bilik pun . takut! ibu dok panggil-panggil suruh cepat. *ini lah masalahnya , ana tak yakin :( ana pujuk hati . YAKIN! BELIEVE IN YOURSELF!
Adik pulak dok tanya .. kenapa kakak pakai tutup muka? Ana senyum :) isteri nabi pakai macam ni dik:)
  @Tesco : semua pandang .. dari dalam kereta lagii sampai lah dalam Tesco tu . ada yang senyum , ada yang buat 'muka pelik' , ada yang jeling pulaak ... Allah!! macam-macam~ tapi takpee ..ana tak kesahh pun . Masing-masing ada pandangan tersendiri kann . Apa nak hairan . ana pun selesa begini . Ana kata pada diri al-yakin la yazulu bis syakk ! :) 

  Lastly ,ana ada permintaan , ana nak minta doa semua supaya doakan ana terus istiqamah dengan niqab ini.Moga-moga ianya menjadi kekuatan buat diri dalam menjaga hati dan diri dari maksiat.. moga-moga ianya menjadi saksi di akhirat bahawa aku pernah mengikut sunnah baginda (mendidik isterinya berniqab) Dan moga-moga kita tergolong di kalangan mereka yang mendapat syafaatnya . Aminn !
Sebelum terlupa , ana ucapkan Ramadhan Kareem! tingkatkan prestasi  , kurangkan ma'asi . tabarakillahumma lana fi hazihis syahr~