tanda tanya 'cinta kerana Allah' ?

bismillahirrahmanirrahim ..


   Sebelum apapee .. ana mintak maaf sangat2 sbb ana kelam kabut sangatt untuk buat post kali ni . Tapi sangat penting ... so , ana kena jugakk sampaikan walau sekadar melalui sebatang pena .
In shaa Allah .. ana niatkan ini untuk balas balasan terbaik dan ter'special' sekali untuknya . So, I need to spent my precious time untuk bertinta ...

take five ^_^

     Cinta itu fitrah ... ana pun ada . semua orang yang normal akan ada . sedangkan orang2 yang kurang IQnya seperti orang cacat , down-syndrom pun ada perasaan. perasaan itu macam2 .. ada suka , ada benci , marah , sayang . itu semua anugerah Allah . Tapi kita boleh kawal !! kita diberi pilihan untuk membuat yg sebaiknya~~
uruskanlah fitrah 'cinta' itu sebaik mungkin . jangan cakap tak boleh .  kenapa ?!!! marah tu ponn fitrah jugak kann ? cuba kalau kita tak urus marah tu ... mesti merosakkan diri sendiri kann??~~ *fikir2 kan lahh
   
Actually ... apa yang terlintas di fikiran ana adalahh ................
*ouh ! sangat teruja untuk berkongsi pada semua

    Apa yang ana perhatikan kebanyakan dari kita *termasuk ana . ana ulang sekali lagi . termasuk ana! ... remaja yang beragama islam , yang sedar dia adalah seorang muslim , yang berCINTA dengan wanita 'muslimah' ... yang kononnya bercinta dengan style 'ISLAMIC COUPLE' akan cakap pada pasangannya : 'Saya Cinta Awak Kerana Allah' see! mesti akan terlintas kat hati . wahh !! soleh/solehahnyeeee dia  ........  So, apa yang ana nak cerita . tiba tiba je tadi terlintas kat fikiran ana , cinta keranaNya tetapi pengisiannya mengundang murkaNya . maksudnya kat sini ... walaupun dia tak date dgn perempuan or lelaki tu ... tapi hati dia macam mana ? walau sekadar bertelefon atau ber'sms' atau ber'chatting' atau ber'datting' .. apape lahh kann ..pasti akan mencemarkan hati dia .
Mesti akan lebih ingat 'dia' lebih dari penciptanya . kann ? :')
*moga Allah mengampunkan kita




     Jadi , sebaiknya ... jauhkan lahh dulu . lebih baik kan.... bgtau .. 'saya nak cinta pencipta saya dulu . saya yakin bila saya cintakan Dia . Dia pasti akan menghadirkan seseorang untuk mencintai kita keranaNya .' 
DAN !!
     'dia' msti akan cakap ...tapi kita kena 'usaha' . wahh !! terbaikk kann ?! USAHA .
yess ... ana ponn mmg tengah berusaha . Bukan usaha untuk mencari cinta tapi berusaha mempersiapkan diri  untuk seorang yang Allah dah tetapkan untuk ana . Walaupun ana tak tahu siapa . di mana . bila ..... Tapi ana yakin dia(jodoh) juga sedang mempersiapkan dirinya :) kalau tiada di dunia , mungkin di syurga . In Shaa Allah . 
SOooooooooo... antara tugas ana sekarang ialah dengan menyibukkan diri dengan buku2 , ilmu2 , buat sesuatu yang boleh menghidupkan hati dan iman . jauhkan daripada mendekati jalan jalan yang akan menarik perasaan dan hawa nafsu kita untuk lagi jatuh tergolek ke perit maksiat yang kotor . *ingat tu fatin !!!!!!!!!!!


ingat yee .. bila dia cakap : Saya Cinta Awak Kerana Allah ... tengok balik apa pengisiannya . adakah betul2 kerana Allah .... kalau awal2 lagi dia dah tunjuk yang dia tak takut dengan azab Allah dengan caranya yang boleh melalaikan kita as such as call, sms, chat, date macam yang ana cakap tadi lahh kann .... the best solution is ....LUPAKAN ...JAUHKAN .
ingat! :) biar hilang seseorang kerana Allah . Jangan hilang Allah kerana seseorang . sekian sahaja ..... wallahu'alam :)) 

moga bermanfaat .

semoga Allah pelihara hati ana dalam berbicara..walaupun hanya dengan mengirim mata pena untuk menterjemahkan perasaan dan kata hati ini untuk semua.. Allahumar zuqnil IKHLAS wal IHSAN fil qauli wal a'3maal (Ya Allah, kurniakan aku keIKHLASan dan IHSAN dalam perkataan dan perbuatanku) 

diam itu lebih baik . mungkin .

bismillahirrahmanirrahim ...
 

      Entah kenapa sejak kebelakangan ni ana merasakan kehilangan . Something missing . Macam ketinggalan sesuatu pun ada juga. Ana hanya mampu dengar dan lihat. Dengar keriuhan , dengar gelak ketawa dan perbualan . Lihat kemeriahan, lihat keakraban , dan lihat kemesraan . Tapi seolah-olah ana sedang menonton wayang gambar yang ana tiada dalam keriuhan dan kemeriahan itu. Kerana ana tiada dalam gelak tawa dan keakraban itu dan kerana tiada dalam perbualan dan kemesraan itu .
       Sesekali ingin mencelah, ana tidak tahu apa pucuk pangkal cerita yang sedang dibualkan. Ingin turut berketawa, ana tidak faham apa yang sedang diketawakan. Ingin turut memeriahkan suasana, ana tidak tahu di mana keakraban yang pernah ada dulu. Macam sudah sirna semuanya. Seperti cahaya terang yang semakin malap dalam anganan.
      Ana sudah mencuba untuk menjadi seperti, Fatimah Syarha . Tapi terasa seperti menjadi orang lain pula. Tidak ! be yourself ! ana katakan pada diri . Ana ke yang berubah ? Ada waktu ana bermenung-menung sendirian. entah. Tidak mengapalah.....ana perlu belajar untuk fasa yang seterusnya walaupun sangat rindukan situasi yang keterbelakang itu. Ana perlu terus melangkah gagah walaupun amat berat terasa. Mungkin sekarang hanya itu yang mampu ana lakukan. Lihat, dengar dan diam. Masa akan menentukan segalanya . mungkin mendiamkan diri itu lebih baik .  Izinkan ana menyertai kerahsiaan itu suatu hari nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

  Selalu bertanya pada diri , salah kah apa yang ana buat ? dan kenapa terus-terusan ditomah? kan bagus kalau cakap baik baik . . .membiarkan kata kata yang didengari merasakan betapa menusuk ke dalam hati. Bicaranya tanpa ada belas dan simpati. Kadang sunyi tanpa ada pembalasan menjawab setiap tomahan . Bukan kerana diam itu membawa erti kalah , cuma membiarkan setiap sesuatu itu dibawa pengertian sendiri . Ye . SEDIH . sangat sedih. sangat sakit. tapi berpegang pada prinsip diri 'biar hilang seseorang kerana Allah, jangan hilang Allah kerana seseorang' . 



     Apape pun , ana bahagia , walaupun dalam duka . mungkin. kelebihan yang ada lebih patut dilihat daripada melihat kekurangan di luar sana . kan ? melihat dan merasai kelebihan itu menggembirakan. melihat dan merasai kekurangan itu menyedihkan, kan ? :) kalau ada perkara yang menggembirakan mengapa perlu kita fokus pada kekurangan yang menyedihkan . betul tak ? walau terasa sakitnya sebuah ujian , sembunyikan lah dengan kemanisan iman . so , keep smile dalam setiap keadaan sebab ana cuma hamba yang takkan lari dari ketakutan , hamba yang tak mampu lari dari ketentuan , tapi . . . ana ada doa untuk terus memohon kekuatan .
    
   

lagi~ isu niqab ...

      Alhamdulillah .. Allah beri lagi kesempatan waktu untuk aku melakar tinta. . .syukur ke hadrat Illahi kerana Allah masih tetapkan hati aku untuk mempertahankan niqab . hurmm ..niqab. niqab . niqab . tak sudah dgn isu niqab~~
    Ana sendiri tak sangka ana boleh sekuat ini . Sungguh !

source : http://facebook.com/fatynfarhanna
 Gambar ana berpurdah yang ana postkan untuk ibu di facebook menjadi isu . Benarlah .. hidup sebagai niqabis bukan lah mudah . hati kena kuat . jiwa kena kental . tomahan mereka harus dibalas dengan kebaikan ... Pandangan serong mereka harus diperbetulkan ..bersangka baik dengan mereka ..... masih belajar . 
    Tapi Alhamdulillah ...ana mampu hadapinya dengan senyuman walaupun senyumanku tidak mampu dilihat lagi . Hanya orang orang yang tahu untuk membalas senyuman itu saat mata mengecil kerana mengukir senyuman :) Ramai yang kata ... seelok-eloknya jangan berniqab . Takut nanti ada perasaan riak dan takbur kerana merasakan kita lebih baik dari orang lain . Ana katakan . .. bukan semuanya begitu .. Andai cebisan kain di wajah itu kerana Allah ... in shaa Allah ... Allah pelihara kita dari perasaan yang hadir dari tusukan iblis . Kadang kadang ana fikirkan apa pandangan orang pada penampilan ana . Namun hati terus dipujuk ... untuk terus dan terus melalui jalan yang telah dipilih .
     berbalik kepada cerita facebook tadi ... ibu sangat risau dengan komen komen mereka yang sebegitu ... perbualan ana dan ibu di facebook...

ibu : pasal gmbr kakak tu ,ibu tak faham kenapa diorang nk jadi kn isu.sorry la ..sbb gmbr tu,mcm mcm komen yg kakak dpt :( 
ana : takde ape lahh ibu ..
tu baru sikit . bila balik msia nnt lagi mcm2 org ckp . tp kakak tak ksah ..... kita kejar akhirat . peduli lahh ape org ckp . kakak berniqab ade sbb sndiri .. sbb fitnah . Allah anugerahkan kecantikan tu dan org dengki .. bila org dengki ..pasti timbul fitnah . maka kakak diharuskan berhijab :) 
ibu : sayang kakak :)

airmata tak henti henti mengalir ishh! dh2 lahh tu menangis , korek biji mata tu kang .  

mereka bertanya ''kenapa nak juga berniqab ? kan banyak lagi sunnah yang boleh dibuat.'' subhanallah ... ana tiada jawapan untuk soalan itu kerana hasrat berniqab ini sudah lama datang mengetuk pintu hati. Tapi ana biarkan sepi kerana merasakan ana tidak layak berniqab. Cuba dibuang keinginan itu sehinggalah ana sedar yang ana memang diharuskan berhijab .
   sukarnya untuk aana berkongsi rasa ini. saat mata ditundukkan ..saat pandangan diniqabkan . Ana rasa selamat . dan ketahuilah , kerana berniqab kita dapat merasakan Allah menjaga hati dan iman kita ... tenang , damai , indah . sebab itu lah ... bila mereka komen yang tak sepatutnya ... ana takut ibu risaukan ana dan minta ana buka ... sangat takut . tapi , ana nekad . ana dah bersedia .... jawapan demi jawapan ana beri pada ibu bagi menambah keyakinan ibu untuk ana tunjukkan padanya ... ana bersungguh-sungguh dengan apa yang telah ana mulakan .

sekian sahaja coretan pendek dari ana . pada yang membaca ... terus bimbing ana . tegurlah . tegurlah . tegurlah . ana tetap ana . Usah memandang tinggi semata mata kerana ana berniqab . Kerana ana bukan semulia isteri isteri nabi yang syurga menantikan kehadiran mereka ... ana masih meniti dahan yang rapuh . mohon dibimbing ...

           hukum berniqab by UAI --->  http://www.youtube.com/watch?v=36gtIsxEMU8&feature=related 


pesanan buat dia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


di sini ana coretkan untuk ana sampaikan kepadanya ... sebelum memulakan bicara , ingin sekali ana memohon seribu kemaafan daripadanya . . . .
Kadangkala , manusia terlalu sempit dengan urusan cinta . Hingga tidak bergerak langsung cintanya , menjadi sukar dan akhirnya tidak berjaya . Kadangkala , manusia terlalu luas dalam urusan cinta . Hingga melayang ke mana-mana ., menjadi liar dan akhirnya tidak berjaya mendirikan rumah tangga . Itu lah yang ana perhatikan dari kebanyakan yang bercinta di luar batas syariat .

Ya , cinta sememangnya fitrah dan anugerah dari Allah ... Tidak sekali ana menolak fitrah itu. sungguh ! Tetapi kerna ana sentiasa percaya bahawa cinta itu sederhana . Ada prinsipnya , ada disiplinnya . Namun tidak ramai yang mengutamakan peraturan yang ditetapkan , cinta dipandu dengan perasaan dan bukannya keimanan . membuatkan jalan-jalan cinta yang dilalui adalah kotor ... sekaligus mengotorkan cinta dan menghapuskan keindahannya .    

sukar untuk ana teruskan ... takut-takut kecewa dia rasakan . Sedikit cerita ingin ana kongsikan di sini ... sekadar berkongsi pengalaman dan harapnya diperoleh manfaat dari cerita ini . 
Dulu , ana pernah berhubungan dengan seorang lelaki yang cukup baik dan sentiasa menyenangkan . dan setiap hari yang ana lalui terasa penuh dengan kelalaian cinta yang pada ana selayaknya dipanggil cinta fitnah ... Alhamdulillah ... Allah menyedarkan kami tentang kelalaian tersebut lalu kami berbincang dan memutuskan untuk berpisah ... dan itu demi mengelakkan kelalaian yang berterusan . 
Masih ingat nasihat terakhirnya : Maaf selama berhubungan ** banyak mendatangkan dosa pada hana , redha Allah lebih penting . jadi carilah ia ... ada jodoh , insyaAllah kita akan disatukan nanti .. semoga dengan kemaafan hana , hijab ** akan terbuka di langit sana ... 

Muhasabah demi muhasabah ...baru ana sedar , ana mendambakan cinta suci yang lahir dengan redha illahi .... hingga kini , masih ana sematkannya di hati .. dan itu lah yang menjadi penguat dan benteng diri dari dibelenggu cinta yang tidak halal bagi diri ini . 

===============================================================


pesanan buatnya
Aku hanya seorang wanita yang masih baru mengenal erti kehidupan ,
Juga mencari cinta untuk masa depan ...
Tiada apa yang perlu kau risaukan ...
Kerna jodoh pertemuan Dia tentukan ...
Sabarlah ...
Dan yakinlah cinta selepas nikah akan lebih membahagiakan ...
Bukankah kebahagiaan itu yang kau mahukan ?

Bukan aku menolak ,
Bukan juga aku menerima ,
Hati bertalu lontarkan pertanyaan  ....
Otak ligat mencari jawapan ...
Apakah sebenarnya yang kau kejarkan ?

Inginku ingatkan ...
Perjalanan kita masih jauh dan panjang...
Janganlah terlalu mengagumi si peminjam cinta 
lebih dari pemilik cinta ...

Ku yakini keikhlasan yang kau pamerkan ...
Tiada masalah jika orang tua mengizinkan ...
Mintalah izin mereka agar kelihatan lebih beradab dan sopan ...
Dan ingin aku berpesan ...
Jangan kau menagih jawapan ...
Selagi tidak mendapat keizinan .

                         
                                                    4:12  AM - 17102012

ada apa pada niqab ??



assalamualaikum wbt
bismillahirrahmanirrahim ...

kalam bemula dengan lafaz bismillah ... moga apa yang dikongsi menjadi panduan semua ^_^  

 

  Ada apa pada niqab itu ? kain kecil di wajahmu ? Purdah pada sebutan kebanyakan orang ...
seringkali pertanyaan ini diutarakan oleh mereka ketika ana mula berniqab .. tidak kira yang tinggal bersama atau sahabat seperjuangan di Malaysia yang sekadar meninggalkan pesanan melalui facebook  . Mungkin ingin menilai keperluannya pada ana atau mungkin ingin menyelidiki niat di hati ...
Semalam ana on facebook dan ditanyakan dengan satu soalan tentang niqab oleh sahabat ana sendiri . ''kenapa memilih untuk berniqab ?? '' soalnya . Mungkin ini adalah satu perkara asing baginya .
Mengambil sedikit masa untuk menjelaskan kepada dirinya ... ''wahai sahabat , andai kau tahu betapa bernilainya diri kita ini ... pasti dirimu juga ingin menghijab dirimu dari pandangan ajnabi yang meliar memandang keindahan dan keistimewaan yang terhidang darimu'' ... ana menjawab soalannya .
Sementara itu , akal berusaha menyusun kata , agar mudah diterjemah bagi memulakan bicara...

kenapa saya memilih untuk berniqab .... *tersenyum

Yup2 ! why ? kenapa ? dan mengapa ???

kerana saya nak menghijab wajah saya dari pandangan ajnabi yang seringkali menimbulkan fitnah terhadap diri saya . Lama diri ini bermuhasabah apa yang perlu dilakukan...sehinggalah perbincangan dimulakan bersama dengan housemate ana di sini . Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan . Mereka menyokong niat ana untuk berniqab . 

Sebelum 13 syawal (tarikh ana berniqab),, ana berusaha mencari segalanya tentang niqab . Melalui internet juga buku dan majalah-majalah *pinjam dari kawan2
dari segi hukum dan perlaksanaannya ... ALHAMDULILLAH . Bukan mudah , namun bila hadir keikhlasannya , akan ada jalan yang diperuntukkan bagi kita :)

wajib ke berniqab niyh ?? 

cmne nak cakap ea ... huhu . Maaf kalau berat untuk faham . Tapi ana akan cuba jelaskan melalui kefahaman ana yang pernah ana cari sumbernya dari ustaz , ustazah , sahabat , internet , buku n etc ... InsyaAllah . Sebenarnya ...takde lah wajib . Tapi lebih menerima ia adalah sunat sebab ia dipakai oleh isteri-isteri nabi . Permasalahan ni dah dibahaskan oleh para ulama' dan ia hanyalah satu cabang dalam agama ... ''Aurat wanita yang disepakati ulama' adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan . ''

mungkin sekadar itu sahaja yang dapat dikongsikan ... ini juga hasil pendapat niqabsis lain yang saya kenal ...

ana : hati terdetik nak berniqab ke ?? :) 

sahabat : doakan saya ...

ana : semestinya sahabat

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah , perbincangan yang sedikit , mampu buat dia mengerti . Niqab adalah pakaian diri ini ... dan sahabat yang lain mula mengerti ^_^
Sebenarnya ,terlalu banyak dugaan buat diri ini dalam meneruskan niat ini . Namun Allah membantu dan diri ini yakin seikhlasnya bahawa..pasti ada hikmah disebaliknya ... Kedegilan atau kenakalan diri mungkin melukakan mereka . Namun ... percaya pada janjiNya .. semuanya dipermudah . Kadang terasa NIQAB membantu untuk menjaga perlakuan , perbuatan dan percakapan ... sesungguhnya yang tertutup itu INDAH .

****** Buat Dia ... Terima kasih . Sepanjang perjuangan ini , menjadi nadi utama buat diri ini  terus berjuang untuk istiqamah dalam badai bergelora . Teruskan menegur kesilapan ana . Walaupun ana memberontak , sungguh ! hati masih memerlukan setiap teguran dan nasihat itu . 

sabarlah hati...

hari demi hari yang ku lalui di sini,
terasa bagai angin yang berlalu pergi ,
muhasabah demi muhasabah terus ku sematkan dalam diri ,
baru kini terasa ujian demi ujian datang menghampiri...
    hampir dan hampir .....
ku hadapinya setenang mungkin ,
     setiap hati perlu ku jaga ,
walau tak mampu ... aku mencuba ,
terkadang aku terlalu menjaga hati dan perasaan lain yang disisi ,
hingga terlupa menjaga hati sendiri .
    Aku terus memujuk hati ...
sabarlah ... sabarlah .... sabarlah ...
  tenang dan setenang mungkin dapat ku rasai ,
  dari nikmatnya yang ku perolehi ,
  lalu ku bisikkan dari hati ,
                 '' terima kasih rabbi ,
                         kerna kau sentiasa disisi ''


*berjaya menjaga hati :)

buat si pelempar fitnah


  Ya Allah ... seandainya ini yang telah kau takdirkan untukku , aku redha . berikan aku kekuatan untuk menelan pahit kata bagai hempedu hingga suatu saat nanti kemanisan hadir buatku. tabahkan hati ini . jika ini balasan yang setimpal buat dosa laluku , ujianMu ku sambut penuh redha kerana aku mengharap redhaMu .
  Andai tingkahku dalam bicara menusuk kalbumu , hanya maaf yang mampu ku pinta . Ya Allah , inilah jalan yang telah ku pilih menuju cahayaMu . sungguh ! hati mana yang tak tersinggung . namun hanya Kau yang mengerti segala isi hati yang tak tersingkap , setiap bait kata yang tak terungkap , malah setiap inci perasaan yang terselindung ... hanya Engkau Ya Allah .
  Sungguh aku meyakini kebenaran jalan ini . jalan yang telah mula ku susuri . walau perlahan ... walau setiap kesedihan harus ku hadapi dengan senyuman dan ku ubati dengan keredhaan . Aku yakin , segala pahit akan terlunas dan aku yakin , akan kau kirimkan kebahagiaan melalui jendela yang tidak dapat ku bayangkan .



warkah buat si pelempar fitnah ...

kepada si pelempar fitnah
terima kasih ku ucapkan
atas susun kata fitnahmu
atas manis bicaramu
yang bisa meyakinkan 
sepasang telinga yang mendengar
lalu percaya tanpa usul periksa

terima kasih 
terima kasih sekali lagi 
atas panahan berbisa fitnahmu
aku bisa meraih pahala sabar
kerna sabar itu adalah cahaya
untuk memudahkan doaku sampai kepadaNya
tanpa ada hijab yang menghalang terus ke langit !

terima kasih !
semoga senang hatimu
semoga tenang jiwamu
semoga puas nafsumu
mulia atas kehinaan !!

#moga diberi petunjuk olehNya...



coretan kasih buat mereka

     Tengok jam – 1:36 am –  pusing kanan , pusing kiri . Afiah , kak Amani n Oshin … lena .
Ya Allah ! kenapa tak boleh tidur ni . an-nas , al-falaq , al-ikhlas … dh baca . istighfar . selawat … semua dahh … pejam mata –___--

     Ishh ,, tak boleh tidur !! bangun . duduk jap . baring balik . bangun balik …. Still tak boleh lena .
Dalam fikiran : dilanda sebersalah . teringat kejadian tadi . sungguh ! takde niat pun nak meninggi suara . kenapa mesti hilang hormat dengan dia … *dh mula nk menangis

Tak tahu macam mana nak minta maaf esok . rasa malu pun ada. Dah banyak kali minta maaf tp still berlaku lagi . dalam hati ….*salah aku ke ? dia yang mula dulu
See ! masih ada rasa tak puas hati lagi tu … muhasabah-muhasabah-muhasabah

Sejuk masih terasa ,
Ku lihat mereka ,
Ku selimuti mereka dengan sempurna ,
Moga dibuai mimpi yang indah ,
Ku bisik pada hati lalu tersenyum ,
Aku sayang mereka ,
Mereka lah yang sering mengingatkan aku tika ku lalai dan leka ,
Syukur ku panjatkan pada illahi kerana mengurniakan sahabat sebaik ini,
Dalam setiap sujud dan doaku ,
Tidak pernah sekali aku lupa mendoakan mereka ,
Moga hubungan dan ukhwah ini kian terjalin keranaNya…

# cukup lah sekadar itu untuk secebis coretan kasih buat mereka . sayang Afiah n kak Amani … Oshin juge ^^ selamat malam : )

a kind reminder for me : teruskan jadi baik walau tak mampu menjadi yang terbaik . 

*68 orang sedang mimpi fatin farhana :PP



airmata rindu seorang sahabat

Sahabat,
Alangkah indahnya jika kau ada bersamaku tika ini
Alangkah indahnya jika aku dapat meluahkan segala rasa yang aku ada
Alangkah indahnya jika dapat berbagi bersama,
Betapa aku terlalu kehausan teguranmu,
Kasihmu, senyummu, tawamu, tangisanmu, dakapan eratmu, cintamu..
Betapa saat ini, dengan penuh aku berharap, jika aku bertatap mata denganmu,
Kuingin meleraikan air-air jernih dari kelopak mataku
Aku ingin menangis di hadapanmu, sahabat..
Aku ingin kau merasakan apa yang kurasa..
Aku ingin kau dengar tiap butir kata yang lahir dari lubuk hati yang hampir tak tertahan..
Lalu, kau pujuk aku, dan mengatakan bahwa aku masih kuat..
Biarpun dengan beribu tantangan di hadapanku.
Ingin benar aku mendengar kau mengatakan bahwa bagaimana pun aku ini, kau masih di sisiku..
Setia bersamaku,
Aku terlalu rindu pada kasihmu sahabat..
Dan hanya aku, kau tahu, tentang harga rindu kita yang tak pernah dibuat-buat..
Hanya kita mengerti rindu kita seperti apa..
Betapa hanya Allah Maha Tahu tentang persahabatan kita yang terlalu mahal harganya,
Sehingga ingin kita tebus dengan syurga..

Jaga diri.

Aku yang terlalu rindu,
fatin farhana.

p/s: saya rindu pada sahabat baik saya, sahabat tawa, nangis, dunia, akhirat. insyaallah. rindu yang tak mampu diluahkan hanya dengan sebatang pena dan selaut kata.. 

saat hati berbicara

assalamualaikum ..

sebelum apape , ana nk cakap ... kalau tak nak baca entry ni pon takpe . it just a kind reminder for myself .
hidup dalam islam dan iman ni banyak mengajar kita segala macam erti .. seperti ukhwah , sabar , cinta dan macam-macam lagi ...
sebut pasal ukhwah ,, kadang-kadang ada yang tidak sekepala @ tidak sependapat . Jadi Allah mengajar kita untuk bersabar . Sabar dengan karenah sahabat-sahabat... teringat satu ketika ustazah memesan pada ana ...

UHIBBUKI FILLAH WA LA TANSA FIDU'AIKI - aku sayang @ cinta kamu kerana Allah , jangan lupakanku dalam doamu -

sudah . pergilah segala kesedihan ... dah tak mampu nak sembunyikan ...

#merindui SUNAN saya . diam tanpa kata :'(
*kalau jumpa dia , cakap dia ... saya rindu nasihat-2 dia .... terima kasih .

::inspirasi hati- masih bersemi -


kenangan~

        Teringat kenangan yang lepas  bersama sahabat-sahabat beberapa bulan yang lepas . Bila dok study sama – sama *especially time prep , ada satu lagu yang kitorang akan nyanyi dan sentiasa diulang-ulang. Tubir mata sentiasa bergenang . Kadang-kadang untaian manik jernih berguguran . Bagi orang lain mungkin anggap lagu ini biasa . Tapi bagi ana , ia ada maksud dan kenangan tersendiri. Mungkin saat dan ketika itu memangkena dengan emosi diri yang sangat rindukan sahabat-sahabat seperjuangan walaupun belum sampai setahun berpisah.
            Buat sahabat-sahabat , terima kasih kerana sudi hadir dan menjadi sebahagian dari diri ini . Terima kasih kerana terlalu bersabar dengan sikap KEBUDAK-BUDAKAN diri ini . Terima kasih kerana sudi menerima kekurangan diri ini. Terima kasih kerana sudi mencoret 1001 kenangan bersama diri ini. Maafkan diri ini andai pernah menggores hati kalian. Andai kita tak berjumpa lagi di dunia , insyaAllah … moga kita dipertemukan di syurga.

p/s :Untuk sahabat yang sentiasa menjadi inspirasi hati saya … semoga awak sentiasa di bawah rahmatnya . Terima kasih kerana banyak mengingatkan diri ini padaNya . MAAF .

dedicated for u http://www.youtube.com/watch?v=6445_pvNbWY


bismillahirrahmanirrahim .... *kuatkan diri jap

Mereka kata , saya...
  • poyo ; belagak sebab jual mahal
  • bajet muslimah sangat ; sebab tak couple
Mereka berkata ...
  • rasa cinta kan fitrah manusia
  • terima je lahh ... seronok sangat kalau ada yang sayang kita
Mereke berkata lagi ...

rasa cinta fitrah manusia ,
dan hidup perlukan cinta,
agar sejahtera , aman dan bahagia,
Andai tiada gelap lah dunia.

Kata hatiku ...

Memang cinta itu fitrah,
sungguh hidup perlukan cinta,
tapi ...
salah kah kalau kita nak kan cinta dari pemilik cinta,
kerna aku tahu cinta dari peminjam cinta itu fana'.

Ya , betul kata mereka ... sungguh . dari sudut hati aku , bukan aku menafikan fitrah dan rasa tu ... Confession here , aku ada rasa itu ... tapi cuba dielakkan kerna ku yakin dengan janjiNya

Lagipun aku takut . Ada antaranya*lelaki yang buat perempuan macam bola sepak . Tak dapat, kejar . Dah dapat sepak *pelik . Jangan lah bagi harapan kalau diri tu tak mampu *species taksedardiri 

        Dulu ada orang tanya kat aku ...
                  tak boring ke takde pakwe?
sejujurnya , aku teringin sangat bila tengok kawan-kawan ada pakwe , pastuh buat-buat sweet pulaax depan aku .... mesti lah terbit satu keinginan . Tapi paksa diri untuk terus kata TIDAK! And terus bermuhasabah sendiri ... kalau nak yang baik , kena jadi baik jugaax . 

dan WAJIB sangat .. bila ingatkan diri macam tu , mesti rasa TENANG dan BEBAS ^^


Dan aku tabikk spriing punye dgn sorang niyy sbb dia berani nak luahkan perasaan dia . Bukan apa , sebab kebanyakannya tak berani sebab aku akan ckp cenggini ... *bawah neyh


hehe ,... Tapi , he didn't get no respond from me . Bukannya aku tak suka dia , bukan jugaax aku suka dia but i have no feel . *sorry

Apepon , aku masih ada hati dan perasaan itu ... ia fitrah . Cuma aku nak fitrah itu diterapkan dengan cara yang halal . And must believe in Allah . 


                                                          PALING PENTING !




terlalusayang,
fatynfarhanna


                                                                           
                                                                            
                                                                          





TipsTips memBALAS DENDAM !!



Pernah tak rasa geram sangat dengan sesiapa ?
Nak tahu apa yang ana buat bila geram dengan seseorang ?
Ana akan berfikir macam niyy
‘’ Dia saja nak buat aku sakit hati . Jadi kalau aku sakit hati , maknanya aku bagi dia menang 
Kalau aku tak sakit hati , maknanya aku yang menang  …

Jadi ana tak nak sakit hati , ana pon relax je lahh …

            And memang betul , orang yang berniat tak baik tu lahh yang sakit hati . TERBAEXX kan ?^^


Haa !! itu cara pertama … biasa je . cara kedua pulaax , cenggini … meh baca sini ;) lagi TERBAEEX !

-MEMAAFKAN -

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
    "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang." -AnNur:22-

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
    "...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka) , maka sungguh , Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang.'' -AtTaghabun:14-

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
    ''Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta pedulikan orang yang bodoh.' '-     AlA'raf:199-

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
    "Tetapi barangsapa bersabar dan memaafkan , sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.''-AsSyura:43-

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
    "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.''-Ali Imran:134-

selamat beramal ! ^^ 

terlalusayang,
fatynfarhanna

MAAF !

Blog tempat aku bersantai ... Di sini agaknya sedikit kedamaian tercipta . waaaahhh!! aku yang tak perasan pun boleh jadi perasan . Cetusan idea hanya dari nukilan yang berbentuk spontan . Tetiba rasa hati sedih . Maka sedihlah entrinya . Tetiba ceria maka rasa happening je .
                   ermmm ... mesty tak paham kn ? malas nak cter panjang .
Berbalik kepada tajuk entry . Sekali lagi cetusan hati terasa . di mana aku , bila diperlukan , bila tidak diperlukan . Wujud bila hanya ada yang memerlukan . hmmmm...




                                                           # sedia untuk menjauh :') , Maaf !




comelkan saya ? ^^ tau dahh .. tak yah ckp . hehe

JANGAN GELAK ! SENYUM JE :)


CHUMILL !! cool sudahh~


STEADY JE .. wakaka!



FACT : kadang-kadang saya macam neyh :| okeyh , dahh . xyah naax gelak byk sgt . ni pun sekadar menghilangkan sedih hati je ... 

semoga mendapatkan yang terbaik

Assalamualaikum ,


Bismillahirramanirrahim …


Taraaa!! New look ! ^_*  seminggu jugak lahh ana curix masa untuk edit blog neyh . thanks a lot to Muhd Nuaim (kawan kak amani) coz dia nak bantu untuk mengpublishkan blog neyh . . . . and everything’s changed .
            Hmmm ,, everything changed ?? me also . Penampilan baru , sikap yang akan menjadi baru , insyaAllah …. Lebih baik lagy . HIJRAH . I’m NIQABSIS ! 13 Syawal 1433h ana mula berniqab . So sorry sbb tak post psal niyy awal-2 . bukan sengaja ,, masa yang tak mengizinkan . Asif jiddan yaw ^^
            I’ve told my parents ‘bout this . They’re so happy and proud of me .

Ana : ………………………………….I’m niqabsis now .

Abah : ye ? Alhamdulillah . Siapa yang suruh ? ustazah ke ? atau sendiri yang nak pakai ?

Ana : eh , taklahh . . kakak lahh yang nak J

Abah : tak boleh lah nak tengok muka kakak dah , Nampak mata je nanti . (sekadar gurauan)

Ana : (gelak)


Ana : ibu ! kakak dah berniqab .

Ibu : Alhamdulillah J … kenapa?

Ana : Ramai sangat peminatnye ^^ . hahahaha (melawak)

Ibu : tak pe , boleh pilih :D

Ana : Tu lahh … masalah nye yang tak terpilih tu yang sakit hati sampai buat cerita merepek-repek n timbul lah fitnah …… (berleter pnjang)

Ibu : (gelak) takpe , belajar dulu . tapi kalaunak sambil-sambil pun boleh . hehe

Ana : ha?!

Ibu : Nak sambil-sambil pun boleh juga .

Ana : hahahaha , tak nak lah :P   (ceyh , padahal dalam hati berbunga-bunga)

                                                GREENLIGHT

Hmm , jangan salah faham dulu . Ibu bagi sebab ibu tahu anak dia macam mana . . . .

Ermm , tapi tu lahh … takde yang berkenan .  mungkin ada , tapi terlalu baik … so , forget it ! mujahadah yang terbaik . Kalau boleh ana tak nak bercinta sebelum berumah tangga . itu prinsip ana . Berumah tangga tidak akan teguh tanpa asas yang rapuh . Cinta muda yang bergelora hanya dusta . Kerana asasnya mesti kerana agama . Jalannya mesti mulia dan menjauhi zina .

                        Ya Allah , jauhkan aku dari jalan-jalan yang mendekati zina ….
                                                                    Wallahualam~    

inspirasi hati



''tika diri hanyut, kau gapai tanganku ... kau bawa ku ke jalan yang diredhai , cukup manis ukhwah itu . ukhwah kerana Allah ''  
:: dia , sentiasa menjadi inspirasi hati :: - Laksamana Sunan -

Alhamdulillah , Ya Allah diriku masih mampu bersujud, mampu bersujud walaupun makin pudar .  




Hikmah musafir kali ini, aku dapat merasakan hikmah yang tercipta dalam satu pertemuan . Perjalanan di atas bumi Tuhan yang cukup luas terus membuka mata ini agar sentiasa melihat kebesaranNya .

Diri yang tak sabar sentiasa dilatih untuk kekal SABAR :)
Diri yang suka mementingkan diri sendiri diajar untuk berkongsi kasih sayang...
Diajar juga untuk kekal menghargai orang lain .. Sungguh ! indahnya musafir kali ini .

                   ku kesat air mata yang mengalir . Rindu pada teman-teman seperjuangan yang tak jemu mengingatkan diri ini . Semoga kalian akan sentiasa kekal dalam lindunganNya .

:: tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat , dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka :: - Imam Syafi'e -



rAmadhAn Al- MuBarak !

assalamualaikum ..

---selamat menyambut bulan ramadhan @ Happy fasting to all Muslims .. kalau korang semua dpt baca entry saya yang niyh , Alhamdulillah .... maksudnya , masih sempat lagi nak sambut Ramadhan tahun ni . Dan saya pon masih sempat ...
---- moga sama-sama beroleh keberkatan ----

first sekali , memang sedih lahh sbb tahun ni ada kelainan sikit ... puasa n raya dengan kawan-2 . *sobsob . sedih sgttt !!! tak nak raya !! dan time-2 ni lahh semua dh mula nyanyi lagu raya . hadoiyh~~
--- sabar je dgr dorg nyanyi ---   walaupun sebenarnya saya pon nyanyi sekali . heheh

, nmpak yang kat atas tu ?? jgn lupa niat puasa n jgn tak bangun sahur yaw ^^

oh btw , nk ucap ramadhan al-mubarak dan salam aidilfitri *walaupun lambat lagi , takut tak sempat nak wish* kepada ibu , abah , adik-2 n semua family .. maaf terlanjur kata , tersalah laku selama ni . moga sentiasa dalam rahmatNya ....            
 doaku sentiasa mengalir untuk mereka


ujian~

................''kenapa aku ?? '' tu lahh soalan pertama sekali yang keluar dari mulut aku bila dia mula mengharapkan pertolongan aku . dia terdiam ...hanya aku dan dia dalam bilik .
       ''tak pe lah kalau kau tak nak .''  ........ ''kenapa tak minta tolong dia ?'' aku kembali bertanya . Dia diam lagi ....''Ya , aku tolong kau . Esok kita jumpa walid .'' dalam tak sedar , air mata mengalir . aku memalingkan badanku menghala ke dinding .  semuanya KANTOI . Walid knows everything about her .
   Ya !! aku akan tolong kau ! aku akan tolong !!!!! - harapan yang tersirat -
jauh di sudut hati .. Allah !!! sakit sangat !!! aku letih !!!!!!!!!!!!!!!!!
                       
     
                   ======================================================


''kenapa time jadi macam ni kau cari aku , mana dia ?? '' aku mula mengajukan soalan seterusnya . ''entah , dalam mimpi tu , kau yang selamatkan aku . masa tu , dia lain sangat ...aku pon tak tahu , entahlah ...'' ada hampa dalam setiap patah katanya . Aku pura-pura ketawa , menghilangkan sebak di dada . ''Hahahaha !! tah pape lah kau ni .. ada-ada je''  .

                    ========================================================

                           29 JUN 2012/morning - (playback)
                        sahabat : fana ... terima kasih taw
                        aku : kenapa ??
                        sahabat : terima kasih selamatkan aku semalam .
                        aku : haa ?? tak pham . ( blur )
                        sahabat : hahahahahahaha . tak de ape lahh .....

                      ========================================================


sunyi ... sepi ...
    masing-masing melayan perasaan sendiri . ''Fanaaaa........'' panggilnya . aku ragu-ragu untuk menyahutnya . dan terus mendiamkan diri hingga tak sedar bila aku tertidur .