bismillah . . post seterusnya . .
Ungkapan yang didengar dari setiap pengujung ke bumi kinanah(Mesir) cukup bervariasi, sesuai dengan objek yang dituju serta latar belakang masing-masing. Seorang pencinta sejarah mungkin akan mengatakan ''Mesir kaya akan peradaban'' , seorang yang disiplin akan mengatakan ''Mesir serba tidak teratur'' , ''Mesir tidak bersistem'' , seorang pemerhati lingkunagan akan mengatakan ''Mesir negara yang kotor'' , seorang pencinta ilmu akan mengatakan ''Mesir gudang ilmu'' dan masih banyak lagi ungkapan yang sering kita dengar...
Pengalaman ana sendiri , terserempak dengan seorang pakcik yang dalam lingkungan usia 50-an di Hussein . Beliau singgah di Mesir untuk 3 hari dan akan meneruskan perjalanannya ke Mekah . . dalam perbualan kami, ada sesuatu yang membuat ana tidak berapa senang dengan kata-katanya..pakcik tu cakap pada ana, ''dik...bosan kan duduk sini(Mesir)'' ana senyum je ... Allah ...sampaikan nak tidur malam pun dok terfikir lagi . . rasa macam nak menangis . Bila fikir balik... teringat masa ana mula-mula sampai Mesir , dengan debunya, dengan masyarakatnya . . masa tu rasa gelisah ... Ya Allah , boleh ke aku nak duduk sini lama??
Muhasabah diri membantu ... ana bersyukur sangat! terasa beruntungnya aku!! dalam ramai-ramai orang aku yang Kau pilih untuk jejakkan kaki ke sini. . .
Status hati : RINDU MESIR~ hmm ... ada jugak antara mereka yang pandang sebelah mata je bila ada statement 'rindu Mesir' ,, ada jugak yang seolah olah mengatakan . .'buat apa rindu Mesir,dah tak ingat dekat Malaysia ke' sinis je . . ana mampu cakap , 'datanglah Mesir...awak akan rasa sendiri apa yang saya rasa' . . . rasa cinta dan sayang tu meresap sendiri . tidak pernah diundang . sungguh!
serious , ana rindu suasana Mesir , belum puas menghirup debu-debu Mesir, kena marah dengan Arab, dengan bau dorg, turun naik bas . . Allahu~~
alhamdulillah . . ia banyak membantu dalam menguat dan mendorong diri ana dalam menuju matlamat yang sebenar .. sebab kehidupan di bumi Mesir sangat mencabar . kadang-kadang perkara, ujian , dugaan yang tak pernah terlintas di fikiran tu lah yang mendatang ... Allah uji sejauh mana keimanan kita . Dan sebenarnya, itu semua jugak lah yang mematangkan kita dalam setiap perkara :)
Sejujurnya , jauh dari lubuk hati ana takut .. sangat takut jika Allah tidak mengizinkan ana ke sana lagi ... Semasa dalam perjalanan ke Airport Cairo hari tu , airmata ana bergenang ... hati berbisik ''Mesir, aku balik sekejap ye'' .... Ya Allah , entah kenapa masa tu ana rasa macam nak tinggal Mesir dalam jangka waktu yang lama . .rupa-rupanya , Mesir bermandi darah :'( dan , disebabkan itu jugak la ana terpaksa melambatkan tiket pulang ke Mesir . .
Siapa pun jua akan merasa teruja bila diberi peluang mengembara meninggalkan tanahair sendiri. mencari pngalaman hidup . namun, ia tidak semudah yang disangka... jika kita tiada ketabahan, keimanan dan kekuatan mnghadapi dugaan pastinya perjalanan kita di negara orang lain terasa sulit dan menyesakkan...
Akan tetapi ini bukan bemaksud keluar ke negara orang lain itu tidak baik.. lagi pula belajar di bumi yang penuh barakah, dah pasti akn menggamit 1001 pengalaman yang luar biasa... namun kita insan biasa.. mungkin rezeki itu bukan milik kita..sentiasa merasa bersyukur atas nikmat rezekinya. Di Malaysia jua kita masih mampu mencari ilmu.. mungkin perasaannya berbeza.. namun ia tetap membawa kepada tujuan yang sama... ana juga mendoakan.. mudah2an kita sentiasa diberi kekuatan mnghadapi mehnah ini... ~amin~...
![]() |
| makam imam syafie |
![]() |
| masjid Amru Al'as |
![]() |
| masjid al-azhar , tempat pengajian kitab yang lazimnya di buat disini . antara yang pernah ana ikuti pengajian bersama habib Umar al-hafiz |
![]() |
| unta unta di Giza |
![]() |
| KAMI di masjid Sidi ar-Rifa'ie tempat riadhah kami (netball) di nadi syabab , hayy sadis pyramid , Giza
dari kiri , afiah .. kak amani .. dan ana @ cairo aiport (nak balik!)
|
![]() |
| dekat jawazat (renew visa) :D |
sekian sahaja .. maaf , sebab gambar ana di Faiyoum ... tak sempat nak upload . . :)
insha Allah .. akan datang . .












No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.