Teringat kenangan yang lepas bersama sahabat-sahabat beberapa bulan yang
lepas . Bila dok study sama – sama *especially time prep , ada satu lagu yang
kitorang akan nyanyi dan sentiasa diulang-ulang. Tubir mata sentiasa bergenang
. Kadang-kadang untaian manik jernih berguguran . Bagi orang lain mungkin
anggap lagu ini biasa . Tapi bagi ana , ia ada maksud dan kenangan tersendiri.
Mungkin saat dan ketika itu memangkena dengan emosi diri yang sangat rindukan
sahabat-sahabat seperjuangan walaupun belum sampai setahun berpisah.
Buat
sahabat-sahabat , terima kasih kerana sudi hadir dan menjadi sebahagian dari
diri ini . Terima kasih kerana terlalu bersabar dengan sikap KEBUDAK-BUDAKAN
diri ini . Terima kasih kerana sudi menerima kekurangan diri ini. Terima
kasih kerana sudi mencoret 1001 kenangan bersama diri ini. Maafkan diri ini
andai pernah menggores hati kalian. Andai kita tak berjumpa lagi di dunia ,
insyaAllah … moga kita dipertemukan di syurga.
p/s
:Untuk sahabat yang sentiasa menjadi inspirasi hati saya … semoga awak sentiasa
di bawah rahmatnya . Terima kasih kerana banyak mengingatkan diri ini padaNya .
MAAF .
dedicated for u http://www.youtube.com/watch?v=6445_pvNbWY
dedicated for u http://www.youtube.com/watch?v=6445_pvNbWY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.