assalamualaikum wbt
bismillahirrahmanirrahim ...
kalam bemula dengan lafaz bismillah ... moga apa yang dikongsi menjadi panduan semua ^_^
Ada apa pada niqab itu ? kain kecil di wajahmu ? Purdah pada sebutan kebanyakan orang ...
seringkali pertanyaan ini diutarakan oleh mereka ketika ana mula berniqab .. tidak kira yang tinggal bersama atau sahabat seperjuangan di Malaysia yang sekadar meninggalkan pesanan melalui facebook . Mungkin ingin menilai keperluannya pada ana atau mungkin ingin menyelidiki niat di hati ...
Semalam ana on facebook dan ditanyakan dengan satu soalan tentang niqab oleh sahabat ana sendiri . ''kenapa memilih untuk berniqab ?? '' soalnya . Mungkin ini adalah satu perkara asing baginya .
Mengambil sedikit masa untuk menjelaskan kepada dirinya ... ''wahai sahabat , andai kau tahu betapa bernilainya diri kita ini ... pasti dirimu juga ingin menghijab dirimu dari pandangan ajnabi yang meliar memandang keindahan dan keistimewaan yang terhidang darimu'' ... ana menjawab soalannya .
Sementara itu , akal berusaha menyusun kata , agar mudah diterjemah bagi memulakan bicara...
kenapa saya memilih untuk berniqab .... *tersenyum
Yup2 ! why ? kenapa ? dan mengapa ???
kerana saya nak menghijab wajah saya dari pandangan ajnabi yang seringkali menimbulkan fitnah terhadap diri saya . Lama diri ini bermuhasabah apa yang perlu dilakukan...sehinggalah perbincangan dimulakan bersama dengan housemate ana di sini . Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan . Mereka menyokong niat ana untuk berniqab .
kerana saya nak menghijab wajah saya dari pandangan ajnabi yang seringkali menimbulkan fitnah terhadap diri saya . Lama diri ini bermuhasabah apa yang perlu dilakukan...sehinggalah perbincangan dimulakan bersama dengan housemate ana di sini . Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan . Mereka menyokong niat ana untuk berniqab .
Sebelum 13 syawal (tarikh ana berniqab),, ana berusaha mencari segalanya tentang niqab . Melalui internet juga buku dan majalah-majalah *pinjam dari kawan2
dari segi hukum dan perlaksanaannya ... ALHAMDULILLAH . Bukan mudah , namun bila hadir keikhlasannya , akan ada jalan yang diperuntukkan bagi kita :)
wajib ke berniqab niyh ??
cmne nak cakap ea ... huhu . Maaf kalau berat untuk faham . Tapi ana akan cuba jelaskan melalui kefahaman ana yang pernah ana cari sumbernya dari ustaz , ustazah , sahabat , internet , buku n etc ... InsyaAllah . Sebenarnya ...takde lah wajib . Tapi lebih menerima ia adalah sunat sebab ia dipakai oleh isteri-isteri nabi . Permasalahan ni dah dibahaskan oleh para ulama' dan ia hanyalah satu cabang dalam agama ... ''Aurat wanita yang disepakati ulama' adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan . ''
mungkin sekadar itu sahaja yang dapat dikongsikan ... ini juga hasil pendapat niqabsis lain yang saya kenal ...
ana : hati terdetik nak berniqab ke ?? :)
sahabat : doakan saya ...
ana : semestinya sahabat
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah , perbincangan yang sedikit , mampu buat dia mengerti . Niqab adalah pakaian diri ini ... dan sahabat yang lain mula mengerti ^_^
Sebenarnya ,terlalu banyak dugaan buat diri ini dalam meneruskan niat ini . Namun Allah membantu dan diri ini yakin seikhlasnya bahawa..pasti ada hikmah disebaliknya ... Kedegilan atau kenakalan diri mungkin melukakan mereka . Namun ... percaya pada janjiNya .. semuanya dipermudah . Kadang terasa NIQAB membantu untuk menjaga perlakuan , perbuatan dan percakapan ... sesungguhnya yang tertutup itu INDAH .
****** Buat Dia ... Terima kasih . Sepanjang perjuangan ini , menjadi nadi utama buat diri ini terus berjuang untuk istiqamah dalam badai bergelora . Teruskan menegur kesilapan ana . Walaupun ana memberontak , sungguh ! hati masih memerlukan setiap teguran dan nasihat itu .

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.