Memainkan peranan.

Saidina Ali Dan Hassan Basri

Hasan Al-Basri berkata - Barangsiapa yang mencintai Allah akan menganggap dunia ini sebagai musuh dan barangsiapa yang mencintai dunia secara tidak langsung akan menjadi musuh Allah.
   Bila kita kaji sejarah bagaimana peranan masjid di bina di zaman Rasulullah dan salafussoleh(300 tahun selepas Rasulullah), kita akan nampak betapa masjid telah mengambil peranan dan memberi jasa yang sangat besar pada pembangunan masyarakat Islam. Imam yang dipilih bukan sebarang imam, guru yang mengajar bukan sebarang guru.
   Ketika Saidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah yang menjadi khalifah masuk ke sebuah masjid besar, waktu itu masjid masih menjadi gudang ilmu, dilihat di setiap sudut ada kelompok-kelompok pengajian. Guru-guru yang mengajar di waktu itu adalah tokoh-tokoh besar di zamannya, Saiyidina Ali bertanya untuk menguji setiap ulama' atau guru yang mengajar di masjid itu. Banyak yang tidak dapat menjawab pertanyaan Saiyidina Ali itu. Padahal pertanyaannya mudah sahaja, iaitu ..''Apa yang merosakkan manusia?'' Maka beliau sebagai khalifah, orang yang paling bertanggungjawab dalam mendidik masyarakat berkata, ''Engkau tidak layak untuk mengajar.''
    Di salah satu sudut masjid beliau melihat seorang anak berusia 12 tahun yang sedang mengajar. Padahal yang sanggup mengajar di masjid pada waktu itu bukan sebarang orang. Sebagai guru, tempat duduknya lebih tinggi dari murid-muridnya yang duduk di lantai. Bukan sekadar untuk menghormati guru tetapi juga untuk memuliakan ilmu. Murid-murid yang mendengar kuliah anak tersebut sudah tua-tua.
    Saiyidina Ali terkejut melihat anak kecil itu lalu berkata, ;;Saya ingin bertanya satu pertanyaan, kalau engkau dapat menjawabnya maka engkau boleh terus mengajar, kalau tidak engkau tidak layak untuk mengajar di masjid ini. Pertanyaan saya adalah apa yang merosakkan manusia?'' Anak kecil itu menjawab, ''Yang merosakkan manusia itu ialah cintakan dunia.'' Saidina Ali terkejut mendengarnya kerana jawapan itu betul, cintakan dunia merupakan ibu kejahatan.
   Rupanya anak yang berusia 12 tahun itu adalah Hasan Al Basri seorang tokoh yang menjadi besar akhirnya. Bahkan beliau salah seorang imam mazhab, tetapi hari ini ajarannya sudah banyak hilang dan dilupakan orang. Kalau kita sebut Hassan Al Basri, kebanyakan orang akan kenal, umur 12 tahun sudah dikagumi orang dan sudah mengajar. Di antara orang yang mendengar kuliahnya ialah sahabat Rasulullah.
    peristiwa ini untuk menggambarkan peranan masjid yang sebenarnya dalam islam. Masjid merupakan sumber segala kebaikan. Untuk mengkaderkan dan melahirkan pemimpin, didikan bermula di masjid, untuk membina pejuang juga di masjid. Tetapi setelah dunia Islam rosak, lebih lebih lagi setelah kejatuhan empayar Islam, umat Islam dijajah pula, selepas itu merdeka setelah 700 tahun rosak, maka peranan masjid sudah tidak ada, sekadar tempat solat dan belajar membaca Al Quran sahaja.
    Di zaman ini, kalau hendak membangunkan Islam jangan hanya di masjid tetapi berperananlah di pasar, restoran, di tengah-tengah orang ramai, rapat dengan pemuda pemudi, kalau boleh buat di hotel-hotel, gudang-gudang besar, bangunan-bangunan besar.

sumber : Pondok Habib.
   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.