for Azharian

     Rintihan Sheikh Sa'ad Jawish Al-Azhari kepada para Azhariyyin ketika memberi tausiyyah di dalam majlis bersama Shaykhuna Sidi Yusuf Al-Hasani di Ben A'lawi :


     Beliau berkata, ''Aku amat ta'ajub dengan kalian semua apabila aku sampai di Malaysia. Sebelum aku sampai di sini(rumah Ben 'Alawi), aku berada di Kedah dan menyampaikan tausiyah di satu masjid. Dan amat menarik perhatianku apabila melihat para hadirin, kesemuanya memakai serba putih, berserban. Aku berkata : ''Apakah ini? Adakah Azhar telah berpindah ke sini?'' Aku amat terpegun dengan kalian semua. Dan inilah suasana Azhar pada 200 tahun dulu.''
     Para Azhariyyin apabila berjalan di pasar-pasar, masyarakat akan mengenali mereka dengan serban serta jubah mereka. Dan suasana begitulah yang menjadi imej Azhar pada suatu masa dahulu. Akan tetapi kita melihat sekarang para Azhariyyin datang kuliah hanya memakai pakaian biasa, tiada mencerminkan seorang penuntut ilmu warisan Baginda S.A.W.
      ''Dan aku juga tertarik kalian semua membaca qasidah burdah karangan Imam A-Busairi. Apakah Imam Busairi berasal dari sini? Amat mengejutkan beliau dimakamkan di Iskandariyah tetapi qasidahnya itu dibaca sampai ke sini. Bahkan ada diantara kamu yang menghafalnya dan pandai melagukannya.''
     Kiblat Ilmu Seluruh Umat Islam
''Selain itu aku juga melihat acara-acara mawlid baginda diadakan di sini bahkan lebih banyak berbanding di Mesir sendiri. Sedangkan majlis-majlis sebegini lah yang menyucikan hati kita semua, mendatangkan perasaan cinta kepada Baginda S.A.W, memperingatkan kita kepada Baginda S.A.W ... Apabila sampai kepada qiam, kamu semua berdiri menandakan penghormatan kamu semua kepada Baginda. Amat menakjubkan aku.''
     
      ''Dan tidaklah aku berharap melainkan suasana ini dihidupkan kembali di Azhar sebagaimana yang kalian semua amalkan di sini.''

*petikan dari kalam beliau*
credited to Akhi Ahmad Saufie.
      

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.