langkah tercipta

 

       Bening hati melihat kebesaran Allah Taala, melihat ciptaan kejadian yang teramat unik. Alam terbentang luas tanpa hadir rasa pertelingkahan pada sebuah sunnatullah, semua akur pada takdir. Setiap detik dan saat memperagakan aksi tersendiri. Seolah-olah telah lama menekuni sebuah skrip drama.
       Termenung sejenak mengenangkan betapa rencahnya hidup yang dia lalui sepanjang 17 tahun 1 hari ini. Dorongan, kekuatan, ketabahan sangat dia perlukan. Allah !! ingin sekali dia hentikan langkah ini. Tidak sanggup untuk meneruskan. Kadang bibir nakal tidak sengaja melepaskan keluhan. Astaghfirullah!
Dicekalkan hati untuk meneruskan langkah ini.
       Lembaran baru dimulakan....
Muhasabah mengingatkan diri dan langkah baru mula tercipta bagi menghadapi realiti. . .
       ''Ima, enti dah berubah. tak macam dulu, kenapa?'' tanya seorang teman. Sebak menyelubungi diri. Andai mereka mengerti perasaan dan keadaannya tika ini.
Terkadang lenanya ditemani airmata. rindu si sahabat kepada sahabatnya yang sama-sama menyimpan sejuta impian menuju kejayaan dunia jua akhirat. Dibuktikan dengan meredhai sebuah perpisahan di dunia demi redhaNya di sana.
       Segala puji bagi Allah yang mendatangkan ujian beserta nikmat. Baiknya Allah... Moga Engkau redha~


luahan rindu buat baginda .

awan berarak ... angin sepoi - sepoi bertiup ... burung tidak kelihatan ,
airmata laju berguuran ,
kedengaran esakan dalam tangisan ,
entah kenapa hati perit menanggung kerinduan ,
hati memberontak inginkan pertemuan ....

sering ku minta moga ku bisa melihatnya ,
walau dari kejauhan ,
agar tidak menangis lagi hati dengan tangisan ... 
doa sentiasa ku titipkan ...
''Ya Allah ! jangan Kau matikan aku sebelum aku mimpi bertemunya...
walau sekadar di alam mimpi ,
aku yakin dapat menenangkan hati juga dapat membersihkan jiwa ...

aku tahu...
mimpi bertemunya bukan dialami oleh calang-calang orang ,
mesti yang bersih hatinya dari sarang kemaksiatan ,
mesti ikhlas jiwanya dalam beramalan ...

ALLAH !
aku sedar siapa aku...
esakan makin kedengaran ,
bila memikirkan syurga atau neraka yang menjadi penentuan,

mahukah baginda memandang wajahku ?
mahukah baginda mensyafaatkan aku ?
hati ketakutan ... jiwa kekalutan ...
soalan demi soalan dilontar oleh akal fikiran ...

selawat dan salam ke atas junjungan ,
ku menangis dalam penantian ,
moga airmata ini menjadi bukti kerinduan .

                                                                                    
                                                                                                                                      nurTower - 3:45                                                                                            

tanda tanya 'cinta kerana Allah' ?

bismillahirrahmanirrahim ..


   Sebelum apapee .. ana mintak maaf sangat2 sbb ana kelam kabut sangatt untuk buat post kali ni . Tapi sangat penting ... so , ana kena jugakk sampaikan walau sekadar melalui sebatang pena .
In shaa Allah .. ana niatkan ini untuk balas balasan terbaik dan ter'special' sekali untuknya . So, I need to spent my precious time untuk bertinta ...

take five ^_^

     Cinta itu fitrah ... ana pun ada . semua orang yang normal akan ada . sedangkan orang2 yang kurang IQnya seperti orang cacat , down-syndrom pun ada perasaan. perasaan itu macam2 .. ada suka , ada benci , marah , sayang . itu semua anugerah Allah . Tapi kita boleh kawal !! kita diberi pilihan untuk membuat yg sebaiknya~~
uruskanlah fitrah 'cinta' itu sebaik mungkin . jangan cakap tak boleh .  kenapa ?!!! marah tu ponn fitrah jugak kann ? cuba kalau kita tak urus marah tu ... mesti merosakkan diri sendiri kann??~~ *fikir2 kan lahh
   
Actually ... apa yang terlintas di fikiran ana adalahh ................
*ouh ! sangat teruja untuk berkongsi pada semua

    Apa yang ana perhatikan kebanyakan dari kita *termasuk ana . ana ulang sekali lagi . termasuk ana! ... remaja yang beragama islam , yang sedar dia adalah seorang muslim , yang berCINTA dengan wanita 'muslimah' ... yang kononnya bercinta dengan style 'ISLAMIC COUPLE' akan cakap pada pasangannya : 'Saya Cinta Awak Kerana Allah' see! mesti akan terlintas kat hati . wahh !! soleh/solehahnyeeee dia  ........  So, apa yang ana nak cerita . tiba tiba je tadi terlintas kat fikiran ana , cinta keranaNya tetapi pengisiannya mengundang murkaNya . maksudnya kat sini ... walaupun dia tak date dgn perempuan or lelaki tu ... tapi hati dia macam mana ? walau sekadar bertelefon atau ber'sms' atau ber'chatting' atau ber'datting' .. apape lahh kann ..pasti akan mencemarkan hati dia .
Mesti akan lebih ingat 'dia' lebih dari penciptanya . kann ? :')
*moga Allah mengampunkan kita




     Jadi , sebaiknya ... jauhkan lahh dulu . lebih baik kan.... bgtau .. 'saya nak cinta pencipta saya dulu . saya yakin bila saya cintakan Dia . Dia pasti akan menghadirkan seseorang untuk mencintai kita keranaNya .' 
DAN !!
     'dia' msti akan cakap ...tapi kita kena 'usaha' . wahh !! terbaikk kann ?! USAHA .
yess ... ana ponn mmg tengah berusaha . Bukan usaha untuk mencari cinta tapi berusaha mempersiapkan diri  untuk seorang yang Allah dah tetapkan untuk ana . Walaupun ana tak tahu siapa . di mana . bila ..... Tapi ana yakin dia(jodoh) juga sedang mempersiapkan dirinya :) kalau tiada di dunia , mungkin di syurga . In Shaa Allah . 
SOooooooooo... antara tugas ana sekarang ialah dengan menyibukkan diri dengan buku2 , ilmu2 , buat sesuatu yang boleh menghidupkan hati dan iman . jauhkan daripada mendekati jalan jalan yang akan menarik perasaan dan hawa nafsu kita untuk lagi jatuh tergolek ke perit maksiat yang kotor . *ingat tu fatin !!!!!!!!!!!


ingat yee .. bila dia cakap : Saya Cinta Awak Kerana Allah ... tengok balik apa pengisiannya . adakah betul2 kerana Allah .... kalau awal2 lagi dia dah tunjuk yang dia tak takut dengan azab Allah dengan caranya yang boleh melalaikan kita as such as call, sms, chat, date macam yang ana cakap tadi lahh kann .... the best solution is ....LUPAKAN ...JAUHKAN .
ingat! :) biar hilang seseorang kerana Allah . Jangan hilang Allah kerana seseorang . sekian sahaja ..... wallahu'alam :)) 

moga bermanfaat .

semoga Allah pelihara hati ana dalam berbicara..walaupun hanya dengan mengirim mata pena untuk menterjemahkan perasaan dan kata hati ini untuk semua.. Allahumar zuqnil IKHLAS wal IHSAN fil qauli wal a'3maal (Ya Allah, kurniakan aku keIKHLASan dan IHSAN dalam perkataan dan perbuatanku) 

diam itu lebih baik . mungkin .

bismillahirrahmanirrahim ...
 

      Entah kenapa sejak kebelakangan ni ana merasakan kehilangan . Something missing . Macam ketinggalan sesuatu pun ada juga. Ana hanya mampu dengar dan lihat. Dengar keriuhan , dengar gelak ketawa dan perbualan . Lihat kemeriahan, lihat keakraban , dan lihat kemesraan . Tapi seolah-olah ana sedang menonton wayang gambar yang ana tiada dalam keriuhan dan kemeriahan itu. Kerana ana tiada dalam gelak tawa dan keakraban itu dan kerana tiada dalam perbualan dan kemesraan itu .
       Sesekali ingin mencelah, ana tidak tahu apa pucuk pangkal cerita yang sedang dibualkan. Ingin turut berketawa, ana tidak faham apa yang sedang diketawakan. Ingin turut memeriahkan suasana, ana tidak tahu di mana keakraban yang pernah ada dulu. Macam sudah sirna semuanya. Seperti cahaya terang yang semakin malap dalam anganan.
      Ana sudah mencuba untuk menjadi seperti, Fatimah Syarha . Tapi terasa seperti menjadi orang lain pula. Tidak ! be yourself ! ana katakan pada diri . Ana ke yang berubah ? Ada waktu ana bermenung-menung sendirian. entah. Tidak mengapalah.....ana perlu belajar untuk fasa yang seterusnya walaupun sangat rindukan situasi yang keterbelakang itu. Ana perlu terus melangkah gagah walaupun amat berat terasa. Mungkin sekarang hanya itu yang mampu ana lakukan. Lihat, dengar dan diam. Masa akan menentukan segalanya . mungkin mendiamkan diri itu lebih baik .  Izinkan ana menyertai kerahsiaan itu suatu hari nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

  Selalu bertanya pada diri , salah kah apa yang ana buat ? dan kenapa terus-terusan ditomah? kan bagus kalau cakap baik baik . . .membiarkan kata kata yang didengari merasakan betapa menusuk ke dalam hati. Bicaranya tanpa ada belas dan simpati. Kadang sunyi tanpa ada pembalasan menjawab setiap tomahan . Bukan kerana diam itu membawa erti kalah , cuma membiarkan setiap sesuatu itu dibawa pengertian sendiri . Ye . SEDIH . sangat sedih. sangat sakit. tapi berpegang pada prinsip diri 'biar hilang seseorang kerana Allah, jangan hilang Allah kerana seseorang' . 



     Apape pun , ana bahagia , walaupun dalam duka . mungkin. kelebihan yang ada lebih patut dilihat daripada melihat kekurangan di luar sana . kan ? melihat dan merasai kelebihan itu menggembirakan. melihat dan merasai kekurangan itu menyedihkan, kan ? :) kalau ada perkara yang menggembirakan mengapa perlu kita fokus pada kekurangan yang menyedihkan . betul tak ? walau terasa sakitnya sebuah ujian , sembunyikan lah dengan kemanisan iman . so , keep smile dalam setiap keadaan sebab ana cuma hamba yang takkan lari dari ketakutan , hamba yang tak mampu lari dari ketentuan , tapi . . . ana ada doa untuk terus memohon kekuatan .
    
   

lagi~ isu niqab ...

      Alhamdulillah .. Allah beri lagi kesempatan waktu untuk aku melakar tinta. . .syukur ke hadrat Illahi kerana Allah masih tetapkan hati aku untuk mempertahankan niqab . hurmm ..niqab. niqab . niqab . tak sudah dgn isu niqab~~
    Ana sendiri tak sangka ana boleh sekuat ini . Sungguh !

source : http://facebook.com/fatynfarhanna
 Gambar ana berpurdah yang ana postkan untuk ibu di facebook menjadi isu . Benarlah .. hidup sebagai niqabis bukan lah mudah . hati kena kuat . jiwa kena kental . tomahan mereka harus dibalas dengan kebaikan ... Pandangan serong mereka harus diperbetulkan ..bersangka baik dengan mereka ..... masih belajar . 
    Tapi Alhamdulillah ...ana mampu hadapinya dengan senyuman walaupun senyumanku tidak mampu dilihat lagi . Hanya orang orang yang tahu untuk membalas senyuman itu saat mata mengecil kerana mengukir senyuman :) Ramai yang kata ... seelok-eloknya jangan berniqab . Takut nanti ada perasaan riak dan takbur kerana merasakan kita lebih baik dari orang lain . Ana katakan . .. bukan semuanya begitu .. Andai cebisan kain di wajah itu kerana Allah ... in shaa Allah ... Allah pelihara kita dari perasaan yang hadir dari tusukan iblis . Kadang kadang ana fikirkan apa pandangan orang pada penampilan ana . Namun hati terus dipujuk ... untuk terus dan terus melalui jalan yang telah dipilih .
     berbalik kepada cerita facebook tadi ... ibu sangat risau dengan komen komen mereka yang sebegitu ... perbualan ana dan ibu di facebook...

ibu : pasal gmbr kakak tu ,ibu tak faham kenapa diorang nk jadi kn isu.sorry la ..sbb gmbr tu,mcm mcm komen yg kakak dpt :( 
ana : takde ape lahh ibu ..
tu baru sikit . bila balik msia nnt lagi mcm2 org ckp . tp kakak tak ksah ..... kita kejar akhirat . peduli lahh ape org ckp . kakak berniqab ade sbb sndiri .. sbb fitnah . Allah anugerahkan kecantikan tu dan org dengki .. bila org dengki ..pasti timbul fitnah . maka kakak diharuskan berhijab :) 
ibu : sayang kakak :)

airmata tak henti henti mengalir ishh! dh2 lahh tu menangis , korek biji mata tu kang .  

mereka bertanya ''kenapa nak juga berniqab ? kan banyak lagi sunnah yang boleh dibuat.'' subhanallah ... ana tiada jawapan untuk soalan itu kerana hasrat berniqab ini sudah lama datang mengetuk pintu hati. Tapi ana biarkan sepi kerana merasakan ana tidak layak berniqab. Cuba dibuang keinginan itu sehinggalah ana sedar yang ana memang diharuskan berhijab .
   sukarnya untuk aana berkongsi rasa ini. saat mata ditundukkan ..saat pandangan diniqabkan . Ana rasa selamat . dan ketahuilah , kerana berniqab kita dapat merasakan Allah menjaga hati dan iman kita ... tenang , damai , indah . sebab itu lah ... bila mereka komen yang tak sepatutnya ... ana takut ibu risaukan ana dan minta ana buka ... sangat takut . tapi , ana nekad . ana dah bersedia .... jawapan demi jawapan ana beri pada ibu bagi menambah keyakinan ibu untuk ana tunjukkan padanya ... ana bersungguh-sungguh dengan apa yang telah ana mulakan .

sekian sahaja coretan pendek dari ana . pada yang membaca ... terus bimbing ana . tegurlah . tegurlah . tegurlah . ana tetap ana . Usah memandang tinggi semata mata kerana ana berniqab . Kerana ana bukan semulia isteri isteri nabi yang syurga menantikan kehadiran mereka ... ana masih meniti dahan yang rapuh . mohon dibimbing ...

           hukum berniqab by UAI --->  http://www.youtube.com/watch?v=36gtIsxEMU8&feature=related