PLKN ?!! gundah gulana hatiku. . .(PANDUAN MUSLIMAH DI PLKN)

In the name of Allah . . 

PLKN ? didn't believe! ana terpilih . .jauh di lubuk hati ... ana tak nak :( Ya Allah .... macam mana lah keadaannya nanti . boleh ke pakai tudung labuh? purdah? apatah lagi . . waaa!!! T-T
   gundah gulana dibuatnya~~ Lalu , Allah hadirkan pertolongan . .sahabat ana hantar satu post tentang seorang kakak muslimah ni yang turut berpengalaman menyertai kem ini . 

adik adik tau kan pergi sana nanti kena masukkan tudung dalam baju?
Bila akak buat keputusan untuk TIDAK ikut peraturan tu macam mana? and people are looking at me '' Syaza, this is so wrong. Buat macam ni lagi tarik perhatian orang ada la..'' but what can I do? Antara arahan Dia dan JLKN .. hmm . .tak boleh nak tipu diri sendiri. This is me, this is what I believe. When I believe that Allah suruh labuhkan tudung bawah dada . . i believe in that! tarik perhatian tak tarik perhatian . I'd rather tahan and biarlah apa orang nak cakap. . So , my advice is , stick to what you believe is right. Apa yang orang nampak pelik, tak semestinya salah dan apa yang orang nampak normal, tak semestinya betul . Tapi if you can't seem to find enough strength alone, here are some tips .
 Gather Strength . Ada lagi pelatih pelatih yang satu fikrah dengan adik adik . . kumpulkan . Gerak bersama, pergi jumpa komanden kem. Minta korang nak pakai tudung kat luar. Tapi, frankly pakai kat luar pun sama je macam pakai kat dalam baju. Tapi if korang dari keturunan yang badan kecil molek, it'll make a very big difference . So , if korang still nak pakai tudung kat luar, make sure you bring one or two tudung bidang or tudung labuh bulat. Doesn't matter, as long as cukup untuk memenuhi syarat bertudung ikut syarak. Sebab akhirnya akak dapat kebenaran untuk pakai tudung lain kat luar . . dengan syarat , warna biru..tapi ni semua bergantung pada komanden jugak. DOA ITU PENTING!
   Saiz Baju. ambil baju yang saiznya lebih besar dari saiz yang kebiasaanya adik adik pakai. Untuk baju kelas dan baju celoreng, akak rasa tak jadi masalah sebab bajunya tak body fit. Selamat untuk pakai kat dalam, Insha Allah. Tapi baju sukan dia yang warna biru tu, WARNING! sangat mengikut bentuk. Bila dah ikhtiar ambil saiz besar sekalipun, if you still feel this is not right, it's up to you untuk jaga. Never walk alone. Jalan dalam kumpulan and hide selagi boleh.
   Ambil baju untuk lelaki. I mean baju yang dikhaskan untuk lelaki. So apa beza dia? Baju untu wirawati ada lisu . .as in ikut bentuk. Masa nak ambil tu, dorang akan cakap ''pastikan kamu ambil baju untuk wirawati, jangan ambil yang wira punya..'' korang abaikan je. minta je baju untuk lelaki. They'll said ''ye la ... nanti kamu complain pulak baju gelebeh, tak nampak bentuk..'' I was like . .what? then I said, ''kalau saya nak ambil baju lelaki jugak?'' . . .''kamu nak? suka hati kamu lah...'' so , my point is baju lelaki takde cutting and therefore takde bentuk. ambil yang itu.
      Do Not Get Influenced dengan ''INI ADALAH ARAHAN'' ...ada permainan permainan yang arahan dia suruh bukak stokin. Alasan? takut lancai licin and takut jatuh. Tapi tengok tengok takde apa sangat pun. Kalau korang berani, korang ada pilihan untuk tarik diri dari game tu . . the choice is in your hands.
     Tarik Tarik Baju Sukan. lepas dapat baju tu, korang stretch la baju tu. .bagi dia jadi seluas alam. Yup, memang benang akan tertetas, tak boleh buat apa..dah tarik tarik bagi cekang memang la akan tertetas benang tu.. 
     Jangan Hantar Dobi. dobi hanya akan membuat baju lagi kecik ada la . . Please, avoid hantar dobi untuk baju sukan tu..baju lain takde masalah kot... tapi sepanjang akak dekat PLKN , akak cuma pernah hantar baje celoreng sahaja.
     Ikhtilat. Dalam kelas CB(character Building) korang akan duduk dalam satu group yang bercampur bangsa dan agama..which is not a problem. Therefore my only tip for this is :-
Bring Along Your Bag , Wherever You Go. tujuan? katakanlah korang terpaksa duduk jugak tepi lelaki, letak beg tu kat tepi korang. It works as an amaran yang cakap ''Stay Off!'' haha. No,seriously...akak tak bawak apa sangat pun dalam beg tu, but i brought it wherever i go sampai kawan kawan tegur ''weyh, tengok sikit .. benda pe yang ko bawak dalam beg tu?'' i'd say ...''your bag can help..'' 
Oh! there's another one, Be Early. bila kita masuk kelas awal, kita dapat decide untuk duduk tengah tengah antara kawan kawan sejantina yang berlainan agama. so secured place, Insha Allah...ada kawan akak, dia ditegur oleh seorang kawan non-muslim. dia cakap , ''kenapa you takut sangat nak duduk sebelah lelaki? diorang bukannya nak makan or baham you. Kalau diorang raba you, you cakap je dengan I. I'll save you''...hee ~ not many would understand why, tapi tak rugi kalau kita explain kenapa.
   Then, aktiviti fizikal . .macam senam seni. Ada wira yang menggedik nak duduk belakang wirawati. Kalau korang teringin sangat nak join, make sure you are no way near boys. Cari tempat strategik. Kalau diorang ke selatan. .korang pergi la ke Utara. Kalau diorang ke Timur, korang pergi la ke Barat.
   Dan orang cakap , standard untuk Cinta PLKN. -,-' kalau korang kategori hotsetup, memang besar kemungkinan untuk orang ''try'' . .my advice, tolong tolong tolong tolong lah rasa diri ni mahal...tu je. the rest, mesti boleh fikir sendiri kann . .
   Aurat dengan non muslims! Ok  . .satu kata memang aurat wanita islam dan wanita non muslim sama macam aurat kita dengan lelaki ajnabi. And ada satu ana belajar, tidak apa berlengan pendek ..tetapi, jangan tunjuk rambut .. so , need to wear tudung :)
Ustazah pernah cakap, ''tidur lewat dari dorang, bangun awal dari dorang'' mula mula akak rasa mustahil, tapi yup . it's not. Once dapat arahan 'lights off' , bukak tudung. And esoknya bangun untuk persiapan subuh. The non-muslims memang JARANG JARANG la nak bangun awal, so you're safe there if you choose to remove ur tudung.
    Makanan. kalau korang kena time festive seasons. Balik dari cuti dorang akan bawa biskut, kuih muih semua . I'd say , yakinlah makanan tu halal. Melainkan kalau dorang bagitau siap-siap benda tu haram, kita makan . . dah sah haram la . haih -,-' Bak kata pakcik, ''kawan kawan kamu tahu lah apa yang kamu tak boleh makan..diorang pun faham sensiviti kamu..'' kuih dorang , kuih beras.. biskut yang memang dalam paket biskut,yang jual open and halal. diorang faham , insha Allah . And akak ingat lagi, ada one of my chinese friends dia bagi ktorang 8 biji buah oren. And ada yang tanya ''kamu boleh makan tak ni? bukan apa, ada orang melayu (melayu selalu disinonimkan dengan Islam) takut nak makan makanan cina...'' masa dia cakap tu , I felt so wrong. Kesian. Ada muslim yang terang terang cakap , tak mau makan, tak jaga perasaan kawan kawan yang lain bangsa dan agama. Apa apa yang kita buat , ingat perasaan orang lain. Ingat apa yang islam ajar...tolaklah dengan baik kalau tak berani sangat pun . Never hurt people.
Ambil lah peluang ni untuk terangkan apa yang kelam. Contoh, ''oh , ktorang boleh je makan buah buah , sayur sayur semua, kuih pon boleh je ... asalkan takde arak..babi and etc..'' takyah la terang fikrah dalam sangat dengan segala term term bahasa arab. Make it simple, but understandable for them.
    Persoalan Agama. boleh kata ramai jugak yang tanya macam macam pasal agama Islam. Be prepared! tolong la ... tolong la jangan jawab ''saya pun tak tau sangat pasal ni..'' cuba jawab persoalan mereka. That's why!!!! jangan ambil mudah pasal pengetahuan agama .. ni ,, orang tanya apa najis mughalazah pun , terkebil-kebil nak jawab. . .
    Antara soalan yang popular is poligami and aurat. Ambil la peluang ni untuk bagitahu dorang the real deal behind all this...





      And actually , panjang sangat artikel kakak nii .. macam macam pengalaman beliau .  menjawab persoalan non-muslim yang pelbagai ...And bila ana fikir balik . . inilah satu peluang besar yang Allah beri bagi meluaskan skop dakwah ini . But, perlu kuatkan iman ...i'tikad dalam diri jaga baik . . .ilmu!! it's very important . ''ketahuilah , mereka yang beramal tanpa ilmu..tidak diterima amalnya'' - kata sheikhuna . . .
sekian sahaja . pilihan di tangan anda :) wallahua'lam...







hatiku tertinggal di sana!


                bismillah . . post seterusnya . .
      Ungkapan yang didengar dari setiap pengujung ke bumi kinanah(Mesir) cukup bervariasi, sesuai dengan objek yang dituju serta latar belakang masing-masing. Seorang pencinta sejarah mungkin akan mengatakan ''Mesir kaya akan peradaban'' , seorang yang disiplin akan mengatakan ''Mesir serba tidak teratur'' , ''Mesir tidak bersistem'' , seorang pemerhati lingkunagan akan mengatakan ''Mesir negara yang kotor'' , seorang pencinta ilmu akan mengatakan ''Mesir gudang ilmu'' dan masih banyak lagi ungkapan yang sering kita dengar...
       Pengalaman ana sendiri , terserempak dengan seorang pakcik yang dalam lingkungan usia 50-an di Hussein . Beliau singgah di Mesir untuk 3 hari dan akan meneruskan perjalanannya ke Mekah . . dalam perbualan kami, ada sesuatu yang membuat ana tidak berapa senang dengan kata-katanya..pakcik tu cakap pada ana, ''dik...bosan kan duduk sini(Mesir)'' ana senyum je ... Allah ...sampaikan nak tidur malam pun dok terfikir lagi . . rasa macam nak menangis . Bila fikir balik... teringat masa ana mula-mula sampai Mesir , dengan debunya, dengan masyarakatnya . . masa tu rasa gelisah ... Ya Allah , boleh ke aku nak duduk sini lama??
Muhasabah diri membantu ... ana bersyukur sangat! terasa beruntungnya aku!! dalam ramai-ramai orang aku yang Kau pilih untuk jejakkan kaki ke sini. . .
      Status hati : RINDU MESIR~  hmm ... ada jugak antara mereka yang pandang sebelah mata je bila ada statement 'rindu Mesir' ,,  ada jugak yang seolah olah mengatakan . .'buat apa rindu Mesir,dah tak ingat dekat Malaysia ke' sinis je . . ana mampu cakap , 'datanglah Mesir...awak akan rasa sendiri apa yang saya rasa' . . . rasa cinta dan sayang tu meresap sendiri . tidak pernah diundang . sungguh!
mungkin tak ramai yang tahu 'مصر' ,setiap satu huruf terdiri dari makna yang tersendiri ...

                                                  

serious , ana rindu suasana Mesir , belum puas menghirup debu-debu Mesir, kena marah dengan Arab, dengan bau dorg, turun naik bas . . Allahu~~
      alhamdulillah . . ia banyak membantu dalam menguat dan mendorong diri ana dalam menuju matlamat yang sebenar .. sebab kehidupan di bumi Mesir sangat mencabar . kadang-kadang perkara, ujian , dugaan yang tak pernah terlintas di fikiran tu lah yang mendatang ... Allah uji sejauh mana keimanan kita . Dan sebenarnya, itu semua jugak lah yang mematangkan kita dalam setiap perkara :) 
     Sejujurnya , jauh dari lubuk hati ana takut .. sangat takut jika Allah tidak mengizinkan ana ke sana lagi ... Semasa dalam perjalanan ke Airport Cairo hari tu , airmata ana bergenang ... hati berbisik ''Mesir, aku balik sekejap ye'' .... Ya Allah , entah kenapa masa tu ana rasa macam nak tinggal Mesir dalam jangka waktu yang lama . .rupa-rupanya , Mesir bermandi darah :'( dan , disebabkan itu jugak la ana terpaksa melambatkan tiket pulang ke Mesir . . 
     Siapa pun jua akan merasa teruja bila diberi peluang mengembara meninggalkan tanahair sendiri. mencari pngalaman hidup . namun, ia tidak semudah yang disangka... jika kita tiada ketabahan, keimanan dan kekuatan mnghadapi dugaan pastinya perjalanan kita di negara orang lain terasa sulit dan menyesakkan...
      Akan tetapi ini bukan bemaksud keluar ke negara orang lain itu tidak baik.. lagi pula belajar di bumi yang penuh barakah, dah pasti akn menggamit 1001 pengalaman yang luar biasa... namun kita insan biasa.. mungkin rezeki itu bukan milik kita..sentiasa merasa bersyukur atas nikmat rezekinya. Di Malaysia jua kita masih mampu mencari ilmu.. mungkin perasaannya berbeza.. namun ia tetap membawa kepada tujuan yang sama... ana juga mendoakan.. mudah2an kita sentiasa diberi kekuatan mnghadapi mehnah ini... ~amin~...


makam imam syafie
tapak kaki Rasulullah di masjid Imam Syafie (sedikit perkongsian tentang bau tapak kaki sayyiduna Muhammad ... subhanallah! wangi ... kalau pergi sini , tak sah tak bawak tisu ... kesat dgn tisu . . simpan dlm bag . 3 hari pun ,, bau tak hilang :)

masjid Amru Al'as
masjid al-azhar , tempat pengajian kitab yang lazimnya di buat disini .
antara yang pernah ana ikuti pengajian bersama habib Umar al-hafiz
unta unta di Giza

KAMI di masjid Sidi ar-Rifa'ie

 tempat riadhah kami (netball) di nadi syabab , hayy sadis

pyramid , Giza

 ain sukhna

dari kiri , afiah .. kak amani .. dan ana @ cairo aiport (nak balik!)

dekat jawazat (renew visa) :D

sekian sahaja .. maaf , sebab gambar ana di Faiyoum ... tak sempat nak upload . . :)
insha Allah .. akan datang . .






kemuliaan umat akhir zaman!

bismillahirrahmanirrahim ... 
- rindu itu datang kembali-


 Ketika itu Nabi Muhammad SAW sedang duduk bersama para sahabat . Diantaranya ialah Saidina Umar , Osman , Ali , Abu Bakar dan lainnya ...lalu kemudian baginda bertanya pada para sahabat ...
''Wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia di sisiNya? '' 
Para sahabat terdiam . Lalu , kemudian salah seorang sahabat mengatakan , ''para malaikat ya Rasulullah...mereka lah yang mulia..'' Baginda berkata , ''Ya, para malaikat itu mulia kerana mereka dekat dengan Allah . Mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah..sudah tentu malaikat mulia, tapi ... bukan itu yang ku maksudkan..'' jawab baginda . Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam .. 
  Tiba-tiba seorang sahabat pula berkata..''tentulah para Nabi itu mulia ya Rasulullah.'' 
Nabi Muhammad tersenyum dan berkata ..''Ya, para Nabi itu mulia..mereka adalah utusan dari Allah.Sudah tentu mereka mulia , tetapi ada yang lainnya..'' kata baginda kembali.
   Para sahabat terdiam lagi...lalu bertanya , ''siapakah lagi yang mulia ???'' lalu seorang sahabat bertanya, ''Apakah kami sahabatmu yang mulia itu ya Rasulullah?''
   Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dengan penuh kasih sayang lalu berkata, ''tentulah kalian mulia..kalian dekat denganku malah kalian membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia . Tapi , ada lagi lain yang mulia..'' lalu para sahabat terdiam semuanya...mereka tidak mampu berkata apa apa lagi. Lalu ....
    Bayangkan tiba-tiba baginda SAW menundukkan wajahnya lalu menangis . Penuh sayu~~ para sahabat pun tertanya, ''kenapa kau menangis ya Rasulullah?'' lalu baginda mengangkat wajahnya , kelihatan airmata yang berlinangan membasahi pipi dan janggut baginda lalu berkata..''Wahai saudaraku, sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu?''
   ''Mereka adalah manusia manusia yang akan lahir lama selepas wafatku nanti...Mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tidak pernah memandangku, tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian tetapi mereka begitu rindu kepadaku..''
    Dengan penuh kasih sayang baginda berkata...''dan saksikanlah wahai sahabatku semua, aku pun rindu kepada mereka...dan mereka .. mereka yang mulia itu , merekalah umatku. ''
Bayangkan pada saat itu baginda menitiskan airmatanya,lalu sahabat turut menangis .

 * Allah!! sengaja ana kongsikan kisah ini walaupun ana tahu ramai yang dah makruf tentangnya ... tetapi sekadar untuk mengingatkan kembali pada diri ana dan sahabat-sahabat semua ......
firman Allah dalam surah Ali-Imran : 31 ''katakanlah(wahai Muhammad) jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mencintai kamu dan Dia(Allah) akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah maha pengampun lagi maha mengasihani .. sollu 'ala annabiyy!

''Ya Allah sampaikanlah salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia
Ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih keluarganya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan
Sebanyak bilangan nikmatMu dan kemuliaanMu Ya Allah..''


Maulid Nabi .


   bismillah ... di sini ana ada sedikit perkongsian untuk ana kongsikan dengan sahabat sahabat ana..It's about mawlid nabi .. sumbernya ana dapat dari buku biografi bercahaya Muhammad Rasulullah oleh Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al-Linggi ... ana dapatkan buku ni pun dari ustaz ana : ) 



Mawlid Nabi SAW menaikkan semangat umat islam berjihad !

   Raja Abu Sa'id al-Muzaffar adalah merupakan orang pertama yang mengadakan dan memperingati mawlid nabi SAW secara besar-besaran. Beliau adalah seorang raja yang memerintah kerajaan Irbil, di negara Iran. Untuk mengadakan maulid Nabi, beliau telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 300 ribu dinar pada waktu itu.
   Irbil adalahsebuah negeri yang kecil, pernah diserang dan diserbu oleh Raja Mongolia, Zengis Khan. Ini membuatkan Raja Muzaffar berfikir dan membayangkan , apabila rakyat sudah tidak memiliki daya tahan juang yang tinggi. Sudah pasti mereka akan menjadi korban keganasan dan kekejaman tentera Mongolia.
   Pada masa semangat rakyat mulai lemah dan goyah , Raja Muzaffar telah mendapat buah fikiran yang bernas iaitu dengan cara mengadakan Maulid Rasulullah SAW. Di dalam sambutan itu, dibacakan riwayat-riwayat kehidupan Rasulullah. Ternyata dengan mengadakan majlis tersebut, menjadikan semangat rakyatnya bangkit kembali serta menambahkan perasaan berani menghadapi musuh. Dengan tentangan keras dan sikap tidak mudah menyerah kalah , negeri Irbil tidak berhasil ditakluki oleh tentera-tentera Mongolia .
   Idea Raja Muzaffar ini kemudian digunakan pula oleh Solahuddin al Ayyubi untuk membangkitkan semangat rakyat dalam Perang Salib, yang berlarutan cukup lama. Ketika itu, dunia Islam sedang menghadapi gelombang tentangan dari berbagai bangsa Eropah, Perancis, Jerman dan Inggeris.
   Pada awalnya, cadangan Solahuddin al Ayyubi ini ditentang oleh para ulama’. Ini kerana sejak zaman Nabi S.A.W, peringatan Maulid seperti itu yidak pernah ada. Tambahan pula hari raya rasmi menurut Islam cuma ada dua iaitu, ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Akan tetapi Solahuddin menegaskan, perayaan Maulid Nabi S.A.W hanyalah majlis yang akan menyemarakkan syiar Islam, bukan perayaan yang bersifat biasa dan bukannya dikategorikan bid’ah yang sesat.
   Ketika Solahuddin al Ayyubi meminta persetujuan dari Khalifah al Nasir di Baghdad, ternyata Khalifah merestui tindakannya dan bersetuju. Maka pada ibadah haji bulan Zul Hijjah 579 Hijrah bersamaan 1183 Masihi, Solahuddin al Ayyubi memaklumkan kepada seluruh jemaah haji, jika pulang ke negeri masing-masing agar menyebarkan kepada umat Islam bahawa, mulai tahun 580 Hijrah 1184 Masihi, tanggal 12 Rabi’al Awwal adalah merupakan hari perayaan Maulid Nabi S.A.W yang harus dihidupkan dengan berbagai kegiatan yang membangkitkan semangat umat Islam.
   Salah satu atur cara yang diadakan oleh Solahuddin al Ayyubi pada peringatan Maulid Nabi S.A.W adalah mempertandingkan sayembara penulisan riwayat beserta puji-pujian bagi Rasulullah S.A.W dengan bahasa yang seindah mungkin. Seluruh ulama’ dan tokoh-tokoh sasterawan diundang hadir mengikuti majlis tersebut. Pemenangnya adalah Syeikh Ja’far al Barzanji. Karyanya yang terkenal sebagai kitab Berzanji yang sering dibaca umat Islam di seluruh dunia pada setiap kali Maulid Nabi S.A.W.
   Ternyata peringatan Maulid Nabi S.A.W yang diadakan Solahuddin al ayyubi itu membuahkan hasil yang memuaskan. Semangat umat Islam dalam Perang Salib bergelora kembali. Pada 583 Hijrah 1187 Masihi, Jerussalem dapat ditawan kembali oleh Solahuddin al Ayyubi dari tangan bangsa Eropah, dan Masjid al Aqsa kembali menjadi tempat beribadah umat Islam.

---------------------------------------------------------------------------------------------
   Mengikut  pengertian Maulid Nabi S.A.W dari pandangan Tuan Guru kami, Al ‘Allamah al Muhaddith Sayyid Muhammmad ibn ‘Alawi al Maliki dengan katanya: “Menurut pandangan saya, tidak ada aturan tertentu mengenai peringatan Maulid Nabi S.A.W  yang mesti dilakukan  dan harus dilazimi orang, melainkan hanya yang mendorong pada suatu kebaikan dengan mengumpulkan orang-orang ramai untuk diberi petunjuk yang berisi manfaat agama atau manfaat dunia. Makah al itu sudah mencapai maksud Maulid Nabi S.A.W yang sebenarnya.

Oleh kerana itu, sekiranya kita berkumpul di dalam suatu majlis, lalu diisi dengan pujian kepada Rasulullah S.A.W, menceritakan ketinggiannya, perjuangannya, keistimewaannya, tetapi tidak dibacakan kisah Maulid Nabi S.A.W yang biasa dilakukan orang-orang, yang mana mereka beranggapan bahawasanya Maulid Nabi S.A.W itu tidak sempurna.

Kemudian kita mendengar ceramah-ceramah dan kata-kata nasihat, serta mendengar dari bacaan ayat-ayat al Quran, maka menurut pendapat saya, itu sudah termasuk Maulid Nabi S.A.W, dan sudah memenuhi erti peringatan Maulid Nabi S.A.W. Inilah definisi Maulid yang tidak menyimpang dan tidak menyeleweng.

biografi bercahaya Muhammad Rasulullah

sekembalinya aku ke tanah air~


bismillahirrahmanirrahim ......
 Allah .. *teruja   Dari mana nak mula ea ... rasa macam kekok . dah lama tak post apape kann kat sini .


okayy , now kita mula dengan pengkhabaran bahawa cik fatin farhana ni dah selamat sampai ke tanah air tercinta (Malaysia)  huh ! macam tak percaya kann ... tu lah pasal nye ... empunya diri pun tak percaya jugakk .. huhu >,<
bukti bukti yang boleh dikatakan kukuh jugak lah ... ni dia , di bawah :-




dah cukup kukuh la tu kan ??  jap , ana balik ni bukan sebab keadaan di Mesir yang huru hara...tapi memang ada perancangan untuk balik . btw , some of my friends dok cakap Mesir tu dah huru hara , tak selamat lah ... apa lah . terkilan jugak ana dengar . sedih . Mesir is not like what they said . especially , media. tunjuk yang buruk2 je . kesian dekat ibu , abah , nenek ..semua risau . *sangat risau . macam askar tu ade kt depan ana je ...nak tembak ana -_-'

  Kayy , the first thing ..... segala puji bagi Allah yang memberi ruang dan peluang untuk ana balik jugak tahun ni for gathering with my big family , cousins . Buka puasa and raya sama sama tahun ni . mesti seronok sangat raya kt Malaysia . oops! bukan nak cakap raya kat Mesir tu tak seronok tapi ....ermmmmm ....camne ea nak cakap , lebih kurang macam tu lah . tak meriah pun . biasa biasa je....mungkin sebab ana bukan lah rakyat Mesir kann ..so tak tau macam mana meriahnya dorang gathered dengan dorang punya family kann :)

   Actually , now i'm a niqabis.^^ macam tak percayee . memang before this, ana ada cakap yang ana nak istiqamah berniqab sampai di Malaysia kann ... but , ana tak yakin . And lastly , dalam kereta on the way balik rumah from airport .. ana tanya ibu dengan abah , nak teruskan pakai macam ni kee? then , mereka cakap , teruskan je lahh .. ana tanya balik , selama-lamanya? then mereka cakap , nanti kalau dah bersuami , ikut lah suami ... takde masalah kann .... and i'm just say , hmmmmm....
   
    Dan keesokan harinya pulak.. ibu ajak pergi Tesco, cari barang . Then , ana pun siap-siap..tapi tak keluar bilik pun . takut! ibu dok panggil-panggil suruh cepat. *ini lah masalahnya , ana tak yakin :( ana pujuk hati . YAKIN! BELIEVE IN YOURSELF!
Adik pulak dok tanya .. kenapa kakak pakai tutup muka? Ana senyum :) isteri nabi pakai macam ni dik:)
  @Tesco : semua pandang .. dari dalam kereta lagii sampai lah dalam Tesco tu . ada yang senyum , ada yang buat 'muka pelik' , ada yang jeling pulaak ... Allah!! macam-macam~ tapi takpee ..ana tak kesahh pun . Masing-masing ada pandangan tersendiri kann . Apa nak hairan . ana pun selesa begini . Ana kata pada diri al-yakin la yazulu bis syakk ! :) 

  Lastly ,ana ada permintaan , ana nak minta doa semua supaya doakan ana terus istiqamah dengan niqab ini.Moga-moga ianya menjadi kekuatan buat diri dalam menjaga hati dan diri dari maksiat.. moga-moga ianya menjadi saksi di akhirat bahawa aku pernah mengikut sunnah baginda (mendidik isterinya berniqab) Dan moga-moga kita tergolong di kalangan mereka yang mendapat syafaatnya . Aminn !
Sebelum terlupa , ana ucapkan Ramadhan Kareem! tingkatkan prestasi  , kurangkan ma'asi . tabarakillahumma lana fi hazihis syahr~