subhanallah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama tidak diupdate akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, Pn Nuraini Binti Che Mat, ibu kepada almarhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.  . .

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula lemah sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
  Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Counselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tak ada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya...



Habib Munzir AlMusawa . . .perginya mutiara islam!

Habib Munzir bin Fuad alMusawa

     Al-Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa atau lebih dikenal dengan habib Munzir bin Fuad bin Abdurrahman Almusawa adalah pimpinan Majelis Rasulullah . . Beliau dilahirkan di Cipanas, Cianjur, Jawa Barat pada 23 Februari 1973. sangat mendukacitakan , beliau telah meniggal dunia pada 15 September 2013 pada usia 40 tahun di Jakarta.
  Khabar duka tersebut disampaikan oleh abangnya, Habib Nabil Almusawa melalui akaun twitter peribadinya.
Habib Munzir Almusawa merupakan merupakan anak keempat dari empat bersaudara dari pasangan Fuad bin Abdurrahman Al-Musawa dan Rahmah binti Hasyim Al-Musawa. Ayahnya bernama Fuad yang lahir di Palembang dan dibesarkan di Mekkah. Setelah lulus pendidikan jurnalistik di New York University, Amerika Serikat, ayahnya kemudian bekerja sebagai seorang wartawan di harian 'Berita Yudha' yang lalu menjadi Berita buana. Masa kecilnya dihabiskan di daerah Cipanas, Jawa barat bersama-sama saudara-saudaranya, Ramzi, Nabiel Al-Musawa, serta Lulu Musawa. Ayahnya meninggal dunia tahun 1996 dan dimakamkan di Cipanas, Jawa Barat.
Setelah beliau menyelesaikan sekolah menengah atas,beliau mulai mendalami Ilmu Syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan, lalu mengambil kursus bahasa arab di LPBA Assalafy Jakarta timur. Beliau memperdalam lagi Ilmu Syari’ah Islamiyah di Ma’had Al Khairat, Bekasi Timur,yang di pimpin oleh habib naqib bin muhammad bin syehk abu bakar bin salim,beliau banyak menimba ilmu di ma'had al khairat dan di sinilah beliau kenal dengan habib umar bin hafidz yang kemudian diteruskan ke Ma’had Darul Musthafa di pesantren Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syech abubakar bin Salim di Tarim Hadhramaut Yaman pada tahun 1994 untuk mendalami bidang syari'ah selama empat tahun. Di sana ia mendalami ilmu fiqh, ilmu tafsir Al Qur'an, ilmu hadits, ilmu sejarah, ilmu tauhid, ilmu tasawwuf, mahabbaturrasul, ilmu dakwah, dan ilmu ilmu syariah lainnya.
      Habib Munzir Al-Musawa kembali ke Indonesia pada tahun 1998, dan mulai berdakwah dengan mengunjungi rumah-rumah, duduk dan bercengkerama dg mereka, memberi mereka jalan keluar dalam segala permasalahan, lalu atas permintaan mereka maka mulailah Habib Munzir membuka majlis, jumlah hadirin sekitar enam orang, ia terus berdakwah dengan meyebarkan kelembutan Allah swt, yang membuat hati pendengar sejuk, ia tidak mencampuri urusan politik, dan selalu mengajarkan tujuan utama kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah swt, bukan berarti harus duduk berdzikir sehari penuh tanpa bekerja dll, tapi justru mewarnai semua gerak gerik kita dengan kehidupan yang Nabawiy, kalau dia ahli politik, maka ia ahli politik yang Nabawiy, kalau konglomerat, maka dia konglomerat yang Nabawiy, pejabat yang Nabawiy, pedagang yang Nabawiy, petani yang Nabawiy, betapa indahnya keadaan ummat apabila seluruh lapisan masyarakat adalah terwarnai dengan kenabawian, sehingga antara golongan miskin, golongan kaya, partai politik, pejabat pemerintahan terjalin persatuan dalam kenabawiyan, inilah Dakwah Nabi Muhammad saw yang hakiki, masing masing dg kesibukannya tapi hati mereka bergabung dg satu kemuliaan, inilah tujuan Nabi saw diutus, untuk membawa rahmat bagi sekalian alam.
Nama Rasulullah SAW sengaja digunakan untuk nama Majelisnya yaitu “Majelis Rasulullah SAW”, agar apa-apa yang dicita-citakan oleh majelis taklim ini tercapai. Sebab ia berharap, semua jamaahnya bisa meniru dan mencontoh Rasulullah SAW dan menjadikannya sebagai panutan hidup. Habib Munzir juga rutin melakukan takbir akbar di Istiqlal atau Senayan yang sering dihadiri para pimpinan tertinggi negara Indonesia. Majelisnya mengalami pasang surut, awal berdakwah ia memakai kendaraan umum turun naik bus, menggunakan jubah dan surban, serta membawa kitab-kitab. Tak jarang ia mendapat cemoohan dari orang-orang sekitar. Ia bahkan pernah tidur di emperan toko ketika mencari murid dan berdakwah. Kini majlis taklim yang diasuhnya setiap malam selasa di Masjid Al-Munawar Pancoran Jakarta Selatan, yang dulu hanya dihadiri tiga sampai enam orang, sudah berjumlah sekitar 30.000 hadirin setiap malam selasa, Habib Munzir sudah membuka puluhan majlis taklim di seputar Jakarta dan sekitarnya, ia juga membuka majelis di rumahnya setiap malam jum’at bertempat di jalan Kemiri Cidodol Kebayoran.

(Bercerita tentang dirinya sendiri): - 4 September 2010

"....Namun saya sangat mengecewakan ayah bunda karena boleh dikatakan: dunia tidak akhiratpun tidak. Namun saya sangat mencintai Rasul sallaLlahu 'alaihi wasallam, menangis merindukan Rasul sallaLlahu 'alaihi wasallam, dan sering dikunjungi Rasul sallaLlahu 'alaihi wasallam dalam mimpi. Rasul sallaLlahu 'alaihi wasallam selalu menghibur saya jika saya sedih, suatu waktu saya mimpi bersimpuh dan memeluk lutut beliau sallaLlahu 'alaihi wasallam, dan berkata, “Wahai Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam aku rindu padamu, jangan tinggalkan aku lagi, butakan mataku ini asal bisa jumpa denganmu, ataukan matikan aku sekarang, aku tersiksa di dunia ini.”
   Rasul sallaLlahu 'alaihi wasallam menepuk bahu saya dan berkata, “Munzir, tenanglah! Sebelum usiamu mencapai 40 tahun kau sudah jumpa denganku.” maka saya terbangun.
   Saya lahir pada Jumat pagi 19 Muharram 1393 H atau 23 Februari 1973 M. Perjanjian Jumpa dengan Rasul sallaLlahu 'alaihi wasallam adalah sebelum usia saya tepat 40 tahun, kini sudah 1431 H. Mungkin sebelum sempurna 19 Muharram 1433 H saya sudah jumpa dengan Rasul sallaLlahu 'alaihi wasallam, namun apakah Allah subhanahu wa ta'ala akan menambah usia pendosa ini?"

cerita lanjut : http://http://andynoize.blogspot.com/2010/11/cerita-dari-habib-munzir-la-musawa.html (bacalah kat sini! ajibb!!) Jom Kenali Ulamak

PESAN HABIBANA MUNZIR ALMUSAWA:
"Saya terus berdoa, jika saya masih diizinkan Allah SWT untuk berumur panjang dan berbakti pada Allah dan RasulNya dalam dakwah yang dijalankan Guru Mulia saya, maka saya meminta pada Allah umur panjang. Namun jika kemangkatan saya lebih membawa manfaat maka saya memilih mangkat, Allah SWT Maha Mampu membuat 1000 orang yang lebih baik dari hamba untuk membimbing ummat.
Namun harapan saya, saya wafat setelah jakarta menjadi kota yang beriman, kalau kota Demak disebut kota wali, maka saya bercita-cita Jakarta Kota Sayyidina Muhammad saw. Maksudnya kota yg beriman, rukun antar ummat beragama, musliminnya mayoritas baik dan tidak berpecah belah, akidah sudah suci dan tidak terkotori. Semoga kita bisa meneruskan cita-cita dan perjuangan habibana, Aamiin ya Robbal alamin.

انا لله واناءليه رجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه،، يارب العالمين 
alfatihah~

PLKN ?!! gundah gulana hatiku. . .(PANDUAN MUSLIMAH DI PLKN)

In the name of Allah . . 

PLKN ? didn't believe! ana terpilih . .jauh di lubuk hati ... ana tak nak :( Ya Allah .... macam mana lah keadaannya nanti . boleh ke pakai tudung labuh? purdah? apatah lagi . . waaa!!! T-T
   gundah gulana dibuatnya~~ Lalu , Allah hadirkan pertolongan . .sahabat ana hantar satu post tentang seorang kakak muslimah ni yang turut berpengalaman menyertai kem ini . 

adik adik tau kan pergi sana nanti kena masukkan tudung dalam baju?
Bila akak buat keputusan untuk TIDAK ikut peraturan tu macam mana? and people are looking at me '' Syaza, this is so wrong. Buat macam ni lagi tarik perhatian orang ada la..'' but what can I do? Antara arahan Dia dan JLKN .. hmm . .tak boleh nak tipu diri sendiri. This is me, this is what I believe. When I believe that Allah suruh labuhkan tudung bawah dada . . i believe in that! tarik perhatian tak tarik perhatian . I'd rather tahan and biarlah apa orang nak cakap. . So , my advice is , stick to what you believe is right. Apa yang orang nampak pelik, tak semestinya salah dan apa yang orang nampak normal, tak semestinya betul . Tapi if you can't seem to find enough strength alone, here are some tips .
 Gather Strength . Ada lagi pelatih pelatih yang satu fikrah dengan adik adik . . kumpulkan . Gerak bersama, pergi jumpa komanden kem. Minta korang nak pakai tudung kat luar. Tapi, frankly pakai kat luar pun sama je macam pakai kat dalam baju. Tapi if korang dari keturunan yang badan kecil molek, it'll make a very big difference . So , if korang still nak pakai tudung kat luar, make sure you bring one or two tudung bidang or tudung labuh bulat. Doesn't matter, as long as cukup untuk memenuhi syarat bertudung ikut syarak. Sebab akhirnya akak dapat kebenaran untuk pakai tudung lain kat luar . . dengan syarat , warna biru..tapi ni semua bergantung pada komanden jugak. DOA ITU PENTING!
   Saiz Baju. ambil baju yang saiznya lebih besar dari saiz yang kebiasaanya adik adik pakai. Untuk baju kelas dan baju celoreng, akak rasa tak jadi masalah sebab bajunya tak body fit. Selamat untuk pakai kat dalam, Insha Allah. Tapi baju sukan dia yang warna biru tu, WARNING! sangat mengikut bentuk. Bila dah ikhtiar ambil saiz besar sekalipun, if you still feel this is not right, it's up to you untuk jaga. Never walk alone. Jalan dalam kumpulan and hide selagi boleh.
   Ambil baju untuk lelaki. I mean baju yang dikhaskan untuk lelaki. So apa beza dia? Baju untu wirawati ada lisu . .as in ikut bentuk. Masa nak ambil tu, dorang akan cakap ''pastikan kamu ambil baju untuk wirawati, jangan ambil yang wira punya..'' korang abaikan je. minta je baju untuk lelaki. They'll said ''ye la ... nanti kamu complain pulak baju gelebeh, tak nampak bentuk..'' I was like . .what? then I said, ''kalau saya nak ambil baju lelaki jugak?'' . . .''kamu nak? suka hati kamu lah...'' so , my point is baju lelaki takde cutting and therefore takde bentuk. ambil yang itu.
      Do Not Get Influenced dengan ''INI ADALAH ARAHAN'' ...ada permainan permainan yang arahan dia suruh bukak stokin. Alasan? takut lancai licin and takut jatuh. Tapi tengok tengok takde apa sangat pun. Kalau korang berani, korang ada pilihan untuk tarik diri dari game tu . . the choice is in your hands.
     Tarik Tarik Baju Sukan. lepas dapat baju tu, korang stretch la baju tu. .bagi dia jadi seluas alam. Yup, memang benang akan tertetas, tak boleh buat apa..dah tarik tarik bagi cekang memang la akan tertetas benang tu.. 
     Jangan Hantar Dobi. dobi hanya akan membuat baju lagi kecik ada la . . Please, avoid hantar dobi untuk baju sukan tu..baju lain takde masalah kot... tapi sepanjang akak dekat PLKN , akak cuma pernah hantar baje celoreng sahaja.
     Ikhtilat. Dalam kelas CB(character Building) korang akan duduk dalam satu group yang bercampur bangsa dan agama..which is not a problem. Therefore my only tip for this is :-
Bring Along Your Bag , Wherever You Go. tujuan? katakanlah korang terpaksa duduk jugak tepi lelaki, letak beg tu kat tepi korang. It works as an amaran yang cakap ''Stay Off!'' haha. No,seriously...akak tak bawak apa sangat pun dalam beg tu, but i brought it wherever i go sampai kawan kawan tegur ''weyh, tengok sikit .. benda pe yang ko bawak dalam beg tu?'' i'd say ...''your bag can help..'' 
Oh! there's another one, Be Early. bila kita masuk kelas awal, kita dapat decide untuk duduk tengah tengah antara kawan kawan sejantina yang berlainan agama. so secured place, Insha Allah...ada kawan akak, dia ditegur oleh seorang kawan non-muslim. dia cakap , ''kenapa you takut sangat nak duduk sebelah lelaki? diorang bukannya nak makan or baham you. Kalau diorang raba you, you cakap je dengan I. I'll save you''...hee ~ not many would understand why, tapi tak rugi kalau kita explain kenapa.
   Then, aktiviti fizikal . .macam senam seni. Ada wira yang menggedik nak duduk belakang wirawati. Kalau korang teringin sangat nak join, make sure you are no way near boys. Cari tempat strategik. Kalau diorang ke selatan. .korang pergi la ke Utara. Kalau diorang ke Timur, korang pergi la ke Barat.
   Dan orang cakap , standard untuk Cinta PLKN. -,-' kalau korang kategori hotsetup, memang besar kemungkinan untuk orang ''try'' . .my advice, tolong tolong tolong tolong lah rasa diri ni mahal...tu je. the rest, mesti boleh fikir sendiri kann . .
   Aurat dengan non muslims! Ok  . .satu kata memang aurat wanita islam dan wanita non muslim sama macam aurat kita dengan lelaki ajnabi. And ada satu ana belajar, tidak apa berlengan pendek ..tetapi, jangan tunjuk rambut .. so , need to wear tudung :)
Ustazah pernah cakap, ''tidur lewat dari dorang, bangun awal dari dorang'' mula mula akak rasa mustahil, tapi yup . it's not. Once dapat arahan 'lights off' , bukak tudung. And esoknya bangun untuk persiapan subuh. The non-muslims memang JARANG JARANG la nak bangun awal, so you're safe there if you choose to remove ur tudung.
    Makanan. kalau korang kena time festive seasons. Balik dari cuti dorang akan bawa biskut, kuih muih semua . I'd say , yakinlah makanan tu halal. Melainkan kalau dorang bagitau siap-siap benda tu haram, kita makan . . dah sah haram la . haih -,-' Bak kata pakcik, ''kawan kawan kamu tahu lah apa yang kamu tak boleh makan..diorang pun faham sensiviti kamu..'' kuih dorang , kuih beras.. biskut yang memang dalam paket biskut,yang jual open and halal. diorang faham , insha Allah . And akak ingat lagi, ada one of my chinese friends dia bagi ktorang 8 biji buah oren. And ada yang tanya ''kamu boleh makan tak ni? bukan apa, ada orang melayu (melayu selalu disinonimkan dengan Islam) takut nak makan makanan cina...'' masa dia cakap tu , I felt so wrong. Kesian. Ada muslim yang terang terang cakap , tak mau makan, tak jaga perasaan kawan kawan yang lain bangsa dan agama. Apa apa yang kita buat , ingat perasaan orang lain. Ingat apa yang islam ajar...tolaklah dengan baik kalau tak berani sangat pun . Never hurt people.
Ambil lah peluang ni untuk terangkan apa yang kelam. Contoh, ''oh , ktorang boleh je makan buah buah , sayur sayur semua, kuih pon boleh je ... asalkan takde arak..babi and etc..'' takyah la terang fikrah dalam sangat dengan segala term term bahasa arab. Make it simple, but understandable for them.
    Persoalan Agama. boleh kata ramai jugak yang tanya macam macam pasal agama Islam. Be prepared! tolong la ... tolong la jangan jawab ''saya pun tak tau sangat pasal ni..'' cuba jawab persoalan mereka. That's why!!!! jangan ambil mudah pasal pengetahuan agama .. ni ,, orang tanya apa najis mughalazah pun , terkebil-kebil nak jawab. . .
    Antara soalan yang popular is poligami and aurat. Ambil la peluang ni untuk bagitahu dorang the real deal behind all this...





      And actually , panjang sangat artikel kakak nii .. macam macam pengalaman beliau .  menjawab persoalan non-muslim yang pelbagai ...And bila ana fikir balik . . inilah satu peluang besar yang Allah beri bagi meluaskan skop dakwah ini . But, perlu kuatkan iman ...i'tikad dalam diri jaga baik . . .ilmu!! it's very important . ''ketahuilah , mereka yang beramal tanpa ilmu..tidak diterima amalnya'' - kata sheikhuna . . .
sekian sahaja . pilihan di tangan anda :) wallahua'lam...







hatiku tertinggal di sana!


                bismillah . . post seterusnya . .
      Ungkapan yang didengar dari setiap pengujung ke bumi kinanah(Mesir) cukup bervariasi, sesuai dengan objek yang dituju serta latar belakang masing-masing. Seorang pencinta sejarah mungkin akan mengatakan ''Mesir kaya akan peradaban'' , seorang yang disiplin akan mengatakan ''Mesir serba tidak teratur'' , ''Mesir tidak bersistem'' , seorang pemerhati lingkunagan akan mengatakan ''Mesir negara yang kotor'' , seorang pencinta ilmu akan mengatakan ''Mesir gudang ilmu'' dan masih banyak lagi ungkapan yang sering kita dengar...
       Pengalaman ana sendiri , terserempak dengan seorang pakcik yang dalam lingkungan usia 50-an di Hussein . Beliau singgah di Mesir untuk 3 hari dan akan meneruskan perjalanannya ke Mekah . . dalam perbualan kami, ada sesuatu yang membuat ana tidak berapa senang dengan kata-katanya..pakcik tu cakap pada ana, ''dik...bosan kan duduk sini(Mesir)'' ana senyum je ... Allah ...sampaikan nak tidur malam pun dok terfikir lagi . . rasa macam nak menangis . Bila fikir balik... teringat masa ana mula-mula sampai Mesir , dengan debunya, dengan masyarakatnya . . masa tu rasa gelisah ... Ya Allah , boleh ke aku nak duduk sini lama??
Muhasabah diri membantu ... ana bersyukur sangat! terasa beruntungnya aku!! dalam ramai-ramai orang aku yang Kau pilih untuk jejakkan kaki ke sini. . .
      Status hati : RINDU MESIR~  hmm ... ada jugak antara mereka yang pandang sebelah mata je bila ada statement 'rindu Mesir' ,,  ada jugak yang seolah olah mengatakan . .'buat apa rindu Mesir,dah tak ingat dekat Malaysia ke' sinis je . . ana mampu cakap , 'datanglah Mesir...awak akan rasa sendiri apa yang saya rasa' . . . rasa cinta dan sayang tu meresap sendiri . tidak pernah diundang . sungguh!
mungkin tak ramai yang tahu 'مصر' ,setiap satu huruf terdiri dari makna yang tersendiri ...

                                                  

serious , ana rindu suasana Mesir , belum puas menghirup debu-debu Mesir, kena marah dengan Arab, dengan bau dorg, turun naik bas . . Allahu~~
      alhamdulillah . . ia banyak membantu dalam menguat dan mendorong diri ana dalam menuju matlamat yang sebenar .. sebab kehidupan di bumi Mesir sangat mencabar . kadang-kadang perkara, ujian , dugaan yang tak pernah terlintas di fikiran tu lah yang mendatang ... Allah uji sejauh mana keimanan kita . Dan sebenarnya, itu semua jugak lah yang mematangkan kita dalam setiap perkara :) 
     Sejujurnya , jauh dari lubuk hati ana takut .. sangat takut jika Allah tidak mengizinkan ana ke sana lagi ... Semasa dalam perjalanan ke Airport Cairo hari tu , airmata ana bergenang ... hati berbisik ''Mesir, aku balik sekejap ye'' .... Ya Allah , entah kenapa masa tu ana rasa macam nak tinggal Mesir dalam jangka waktu yang lama . .rupa-rupanya , Mesir bermandi darah :'( dan , disebabkan itu jugak la ana terpaksa melambatkan tiket pulang ke Mesir . . 
     Siapa pun jua akan merasa teruja bila diberi peluang mengembara meninggalkan tanahair sendiri. mencari pngalaman hidup . namun, ia tidak semudah yang disangka... jika kita tiada ketabahan, keimanan dan kekuatan mnghadapi dugaan pastinya perjalanan kita di negara orang lain terasa sulit dan menyesakkan...
      Akan tetapi ini bukan bemaksud keluar ke negara orang lain itu tidak baik.. lagi pula belajar di bumi yang penuh barakah, dah pasti akn menggamit 1001 pengalaman yang luar biasa... namun kita insan biasa.. mungkin rezeki itu bukan milik kita..sentiasa merasa bersyukur atas nikmat rezekinya. Di Malaysia jua kita masih mampu mencari ilmu.. mungkin perasaannya berbeza.. namun ia tetap membawa kepada tujuan yang sama... ana juga mendoakan.. mudah2an kita sentiasa diberi kekuatan mnghadapi mehnah ini... ~amin~...


makam imam syafie
tapak kaki Rasulullah di masjid Imam Syafie (sedikit perkongsian tentang bau tapak kaki sayyiduna Muhammad ... subhanallah! wangi ... kalau pergi sini , tak sah tak bawak tisu ... kesat dgn tisu . . simpan dlm bag . 3 hari pun ,, bau tak hilang :)

masjid Amru Al'as
masjid al-azhar , tempat pengajian kitab yang lazimnya di buat disini .
antara yang pernah ana ikuti pengajian bersama habib Umar al-hafiz
unta unta di Giza

KAMI di masjid Sidi ar-Rifa'ie

 tempat riadhah kami (netball) di nadi syabab , hayy sadis

pyramid , Giza

 ain sukhna

dari kiri , afiah .. kak amani .. dan ana @ cairo aiport (nak balik!)

dekat jawazat (renew visa) :D

sekian sahaja .. maaf , sebab gambar ana di Faiyoum ... tak sempat nak upload . . :)
insha Allah .. akan datang . .