AKU : awak , saya rasa kita harus berhenti di sini . orang kata kalau kita terlalu sayangkan seseorang , Allah akan kurangkan rasa yang ada tu . mungkin Allah buat macam tu sebab kita terlalu sayang pada hambaNya sampai lupa Dia . awak , saya tak lagi berharap apa-apa sebab saya takut kalau saya terlalu berharap , saya akan kecewa .
AWAK : ( tiada reaksi )
AKU : awak , maafkan saya . saya tak tahu yang saya terlalu mahukan perhatian awak di setiap saat sampai saya lupa pesanan yang di atas sana . awak , saya rasa cukup lah . saya tak nak dah selalu prihatin terhadap awak . awak bukan yang halal buat saya . dan saya nak awak tahu , itu bukan bererti saya bencikan awak . saya akan pergi dan saya tak akan cuba dekati awak lagi . . . tak tertahan menahan empangan airmataku . jauh di sudut hatiku hanya Dia yang tahu . ku harus KUAT ! saya akan cari identiti lama saya kembali kerana tak mahu jadi insan yang tak kenal realiti . memang kisah kita susah untuk mengerti , dari awal hingga kini . kita telah cipta satu jurang dan saya penyebabnya . maaf .
AWAK : ( masih diam tanpa kata )
AKU : awk , jaga diri . maafkan diri ini . saya tak benci . hanya nak cari cinta illahi . InsyaAllah kalau ada jodoh bersama , adalah penamat bahagia . kalau betul firasat saya yang awak juga punya rasa itu dan jika benar kita ditakdirkan untuk hidup bersama . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Ya Allah ! kuatkan aku . saya cabar awak jumpa mak ayah saya bila masanya tiba . InsyaAllah , rasa ini kekal selamanya jua . jika tidak , mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak dan awak bukan yang terbaik untuk saya . perjalanan kita masih panjang . dan masa yang awak ada ni , carilah Dia sepertimana saya yang sedang mencariNya . kali ini benar , janji .
AWAK : ( merenungku sambil tersenyum ) terima kasih awak . . . . ye , awak di sini dan saya di hujung sana
. . . semuanya demi mencari sebuah cinta hakiki .
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
gambar awak dipadam , mesej awak dipadam , segalanya yang berkaitan dengan awak dipadam . aku tersenyum kelat . hidup baru . semuanya demi mencari cinta illahi .
[ aku yang mendambakan cinta suci yang lahir dengan redha illahi ]