diam itu lebih baik . mungkin .

bismillahirrahmanirrahim ...
 

      Entah kenapa sejak kebelakangan ni ana merasakan kehilangan . Something missing . Macam ketinggalan sesuatu pun ada juga. Ana hanya mampu dengar dan lihat. Dengar keriuhan , dengar gelak ketawa dan perbualan . Lihat kemeriahan, lihat keakraban , dan lihat kemesraan . Tapi seolah-olah ana sedang menonton wayang gambar yang ana tiada dalam keriuhan dan kemeriahan itu. Kerana ana tiada dalam gelak tawa dan keakraban itu dan kerana tiada dalam perbualan dan kemesraan itu .
       Sesekali ingin mencelah, ana tidak tahu apa pucuk pangkal cerita yang sedang dibualkan. Ingin turut berketawa, ana tidak faham apa yang sedang diketawakan. Ingin turut memeriahkan suasana, ana tidak tahu di mana keakraban yang pernah ada dulu. Macam sudah sirna semuanya. Seperti cahaya terang yang semakin malap dalam anganan.
      Ana sudah mencuba untuk menjadi seperti, Fatimah Syarha . Tapi terasa seperti menjadi orang lain pula. Tidak ! be yourself ! ana katakan pada diri . Ana ke yang berubah ? Ada waktu ana bermenung-menung sendirian. entah. Tidak mengapalah.....ana perlu belajar untuk fasa yang seterusnya walaupun sangat rindukan situasi yang keterbelakang itu. Ana perlu terus melangkah gagah walaupun amat berat terasa. Mungkin sekarang hanya itu yang mampu ana lakukan. Lihat, dengar dan diam. Masa akan menentukan segalanya . mungkin mendiamkan diri itu lebih baik .  Izinkan ana menyertai kerahsiaan itu suatu hari nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

  Selalu bertanya pada diri , salah kah apa yang ana buat ? dan kenapa terus-terusan ditomah? kan bagus kalau cakap baik baik . . .membiarkan kata kata yang didengari merasakan betapa menusuk ke dalam hati. Bicaranya tanpa ada belas dan simpati. Kadang sunyi tanpa ada pembalasan menjawab setiap tomahan . Bukan kerana diam itu membawa erti kalah , cuma membiarkan setiap sesuatu itu dibawa pengertian sendiri . Ye . SEDIH . sangat sedih. sangat sakit. tapi berpegang pada prinsip diri 'biar hilang seseorang kerana Allah, jangan hilang Allah kerana seseorang' . 



     Apape pun , ana bahagia , walaupun dalam duka . mungkin. kelebihan yang ada lebih patut dilihat daripada melihat kekurangan di luar sana . kan ? melihat dan merasai kelebihan itu menggembirakan. melihat dan merasai kekurangan itu menyedihkan, kan ? :) kalau ada perkara yang menggembirakan mengapa perlu kita fokus pada kekurangan yang menyedihkan . betul tak ? walau terasa sakitnya sebuah ujian , sembunyikan lah dengan kemanisan iman . so , keep smile dalam setiap keadaan sebab ana cuma hamba yang takkan lari dari ketakutan , hamba yang tak mampu lari dari ketentuan , tapi . . . ana ada doa untuk terus memohon kekuatan .
    
   

lagi~ isu niqab ...

      Alhamdulillah .. Allah beri lagi kesempatan waktu untuk aku melakar tinta. . .syukur ke hadrat Illahi kerana Allah masih tetapkan hati aku untuk mempertahankan niqab . hurmm ..niqab. niqab . niqab . tak sudah dgn isu niqab~~
    Ana sendiri tak sangka ana boleh sekuat ini . Sungguh !

source : http://facebook.com/fatynfarhanna
 Gambar ana berpurdah yang ana postkan untuk ibu di facebook menjadi isu . Benarlah .. hidup sebagai niqabis bukan lah mudah . hati kena kuat . jiwa kena kental . tomahan mereka harus dibalas dengan kebaikan ... Pandangan serong mereka harus diperbetulkan ..bersangka baik dengan mereka ..... masih belajar . 
    Tapi Alhamdulillah ...ana mampu hadapinya dengan senyuman walaupun senyumanku tidak mampu dilihat lagi . Hanya orang orang yang tahu untuk membalas senyuman itu saat mata mengecil kerana mengukir senyuman :) Ramai yang kata ... seelok-eloknya jangan berniqab . Takut nanti ada perasaan riak dan takbur kerana merasakan kita lebih baik dari orang lain . Ana katakan . .. bukan semuanya begitu .. Andai cebisan kain di wajah itu kerana Allah ... in shaa Allah ... Allah pelihara kita dari perasaan yang hadir dari tusukan iblis . Kadang kadang ana fikirkan apa pandangan orang pada penampilan ana . Namun hati terus dipujuk ... untuk terus dan terus melalui jalan yang telah dipilih .
     berbalik kepada cerita facebook tadi ... ibu sangat risau dengan komen komen mereka yang sebegitu ... perbualan ana dan ibu di facebook...

ibu : pasal gmbr kakak tu ,ibu tak faham kenapa diorang nk jadi kn isu.sorry la ..sbb gmbr tu,mcm mcm komen yg kakak dpt :( 
ana : takde ape lahh ibu ..
tu baru sikit . bila balik msia nnt lagi mcm2 org ckp . tp kakak tak ksah ..... kita kejar akhirat . peduli lahh ape org ckp . kakak berniqab ade sbb sndiri .. sbb fitnah . Allah anugerahkan kecantikan tu dan org dengki .. bila org dengki ..pasti timbul fitnah . maka kakak diharuskan berhijab :) 
ibu : sayang kakak :)

airmata tak henti henti mengalir ishh! dh2 lahh tu menangis , korek biji mata tu kang .  

mereka bertanya ''kenapa nak juga berniqab ? kan banyak lagi sunnah yang boleh dibuat.'' subhanallah ... ana tiada jawapan untuk soalan itu kerana hasrat berniqab ini sudah lama datang mengetuk pintu hati. Tapi ana biarkan sepi kerana merasakan ana tidak layak berniqab. Cuba dibuang keinginan itu sehinggalah ana sedar yang ana memang diharuskan berhijab .
   sukarnya untuk aana berkongsi rasa ini. saat mata ditundukkan ..saat pandangan diniqabkan . Ana rasa selamat . dan ketahuilah , kerana berniqab kita dapat merasakan Allah menjaga hati dan iman kita ... tenang , damai , indah . sebab itu lah ... bila mereka komen yang tak sepatutnya ... ana takut ibu risaukan ana dan minta ana buka ... sangat takut . tapi , ana nekad . ana dah bersedia .... jawapan demi jawapan ana beri pada ibu bagi menambah keyakinan ibu untuk ana tunjukkan padanya ... ana bersungguh-sungguh dengan apa yang telah ana mulakan .

sekian sahaja coretan pendek dari ana . pada yang membaca ... terus bimbing ana . tegurlah . tegurlah . tegurlah . ana tetap ana . Usah memandang tinggi semata mata kerana ana berniqab . Kerana ana bukan semulia isteri isteri nabi yang syurga menantikan kehadiran mereka ... ana masih meniti dahan yang rapuh . mohon dibimbing ...

           hukum berniqab by UAI --->  http://www.youtube.com/watch?v=36gtIsxEMU8&feature=related 


pesanan buat dia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


di sini ana coretkan untuk ana sampaikan kepadanya ... sebelum memulakan bicara , ingin sekali ana memohon seribu kemaafan daripadanya . . . .
Kadangkala , manusia terlalu sempit dengan urusan cinta . Hingga tidak bergerak langsung cintanya , menjadi sukar dan akhirnya tidak berjaya . Kadangkala , manusia terlalu luas dalam urusan cinta . Hingga melayang ke mana-mana ., menjadi liar dan akhirnya tidak berjaya mendirikan rumah tangga . Itu lah yang ana perhatikan dari kebanyakan yang bercinta di luar batas syariat .

Ya , cinta sememangnya fitrah dan anugerah dari Allah ... Tidak sekali ana menolak fitrah itu. sungguh ! Tetapi kerna ana sentiasa percaya bahawa cinta itu sederhana . Ada prinsipnya , ada disiplinnya . Namun tidak ramai yang mengutamakan peraturan yang ditetapkan , cinta dipandu dengan perasaan dan bukannya keimanan . membuatkan jalan-jalan cinta yang dilalui adalah kotor ... sekaligus mengotorkan cinta dan menghapuskan keindahannya .    

sukar untuk ana teruskan ... takut-takut kecewa dia rasakan . Sedikit cerita ingin ana kongsikan di sini ... sekadar berkongsi pengalaman dan harapnya diperoleh manfaat dari cerita ini . 
Dulu , ana pernah berhubungan dengan seorang lelaki yang cukup baik dan sentiasa menyenangkan . dan setiap hari yang ana lalui terasa penuh dengan kelalaian cinta yang pada ana selayaknya dipanggil cinta fitnah ... Alhamdulillah ... Allah menyedarkan kami tentang kelalaian tersebut lalu kami berbincang dan memutuskan untuk berpisah ... dan itu demi mengelakkan kelalaian yang berterusan . 
Masih ingat nasihat terakhirnya : Maaf selama berhubungan ** banyak mendatangkan dosa pada hana , redha Allah lebih penting . jadi carilah ia ... ada jodoh , insyaAllah kita akan disatukan nanti .. semoga dengan kemaafan hana , hijab ** akan terbuka di langit sana ... 

Muhasabah demi muhasabah ...baru ana sedar , ana mendambakan cinta suci yang lahir dengan redha illahi .... hingga kini , masih ana sematkannya di hati .. dan itu lah yang menjadi penguat dan benteng diri dari dibelenggu cinta yang tidak halal bagi diri ini . 

===============================================================


pesanan buatnya
Aku hanya seorang wanita yang masih baru mengenal erti kehidupan ,
Juga mencari cinta untuk masa depan ...
Tiada apa yang perlu kau risaukan ...
Kerna jodoh pertemuan Dia tentukan ...
Sabarlah ...
Dan yakinlah cinta selepas nikah akan lebih membahagiakan ...
Bukankah kebahagiaan itu yang kau mahukan ?

Bukan aku menolak ,
Bukan juga aku menerima ,
Hati bertalu lontarkan pertanyaan  ....
Otak ligat mencari jawapan ...
Apakah sebenarnya yang kau kejarkan ?

Inginku ingatkan ...
Perjalanan kita masih jauh dan panjang...
Janganlah terlalu mengagumi si peminjam cinta 
lebih dari pemilik cinta ...

Ku yakini keikhlasan yang kau pamerkan ...
Tiada masalah jika orang tua mengizinkan ...
Mintalah izin mereka agar kelihatan lebih beradab dan sopan ...
Dan ingin aku berpesan ...
Jangan kau menagih jawapan ...
Selagi tidak mendapat keizinan .

                         
                                                    4:12  AM - 17102012

ada apa pada niqab ??



assalamualaikum wbt
bismillahirrahmanirrahim ...

kalam bemula dengan lafaz bismillah ... moga apa yang dikongsi menjadi panduan semua ^_^  

 

  Ada apa pada niqab itu ? kain kecil di wajahmu ? Purdah pada sebutan kebanyakan orang ...
seringkali pertanyaan ini diutarakan oleh mereka ketika ana mula berniqab .. tidak kira yang tinggal bersama atau sahabat seperjuangan di Malaysia yang sekadar meninggalkan pesanan melalui facebook  . Mungkin ingin menilai keperluannya pada ana atau mungkin ingin menyelidiki niat di hati ...
Semalam ana on facebook dan ditanyakan dengan satu soalan tentang niqab oleh sahabat ana sendiri . ''kenapa memilih untuk berniqab ?? '' soalnya . Mungkin ini adalah satu perkara asing baginya .
Mengambil sedikit masa untuk menjelaskan kepada dirinya ... ''wahai sahabat , andai kau tahu betapa bernilainya diri kita ini ... pasti dirimu juga ingin menghijab dirimu dari pandangan ajnabi yang meliar memandang keindahan dan keistimewaan yang terhidang darimu'' ... ana menjawab soalannya .
Sementara itu , akal berusaha menyusun kata , agar mudah diterjemah bagi memulakan bicara...

kenapa saya memilih untuk berniqab .... *tersenyum

Yup2 ! why ? kenapa ? dan mengapa ???

kerana saya nak menghijab wajah saya dari pandangan ajnabi yang seringkali menimbulkan fitnah terhadap diri saya . Lama diri ini bermuhasabah apa yang perlu dilakukan...sehinggalah perbincangan dimulakan bersama dengan housemate ana di sini . Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan . Mereka menyokong niat ana untuk berniqab . 

Sebelum 13 syawal (tarikh ana berniqab),, ana berusaha mencari segalanya tentang niqab . Melalui internet juga buku dan majalah-majalah *pinjam dari kawan2
dari segi hukum dan perlaksanaannya ... ALHAMDULILLAH . Bukan mudah , namun bila hadir keikhlasannya , akan ada jalan yang diperuntukkan bagi kita :)

wajib ke berniqab niyh ?? 

cmne nak cakap ea ... huhu . Maaf kalau berat untuk faham . Tapi ana akan cuba jelaskan melalui kefahaman ana yang pernah ana cari sumbernya dari ustaz , ustazah , sahabat , internet , buku n etc ... InsyaAllah . Sebenarnya ...takde lah wajib . Tapi lebih menerima ia adalah sunat sebab ia dipakai oleh isteri-isteri nabi . Permasalahan ni dah dibahaskan oleh para ulama' dan ia hanyalah satu cabang dalam agama ... ''Aurat wanita yang disepakati ulama' adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan . ''

mungkin sekadar itu sahaja yang dapat dikongsikan ... ini juga hasil pendapat niqabsis lain yang saya kenal ...

ana : hati terdetik nak berniqab ke ?? :) 

sahabat : doakan saya ...

ana : semestinya sahabat

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah , perbincangan yang sedikit , mampu buat dia mengerti . Niqab adalah pakaian diri ini ... dan sahabat yang lain mula mengerti ^_^
Sebenarnya ,terlalu banyak dugaan buat diri ini dalam meneruskan niat ini . Namun Allah membantu dan diri ini yakin seikhlasnya bahawa..pasti ada hikmah disebaliknya ... Kedegilan atau kenakalan diri mungkin melukakan mereka . Namun ... percaya pada janjiNya .. semuanya dipermudah . Kadang terasa NIQAB membantu untuk menjaga perlakuan , perbuatan dan percakapan ... sesungguhnya yang tertutup itu INDAH .

****** Buat Dia ... Terima kasih . Sepanjang perjuangan ini , menjadi nadi utama buat diri ini  terus berjuang untuk istiqamah dalam badai bergelora . Teruskan menegur kesilapan ana . Walaupun ana memberontak , sungguh ! hati masih memerlukan setiap teguran dan nasihat itu . 

sabarlah hati...

hari demi hari yang ku lalui di sini,
terasa bagai angin yang berlalu pergi ,
muhasabah demi muhasabah terus ku sematkan dalam diri ,
baru kini terasa ujian demi ujian datang menghampiri...
    hampir dan hampir .....
ku hadapinya setenang mungkin ,
     setiap hati perlu ku jaga ,
walau tak mampu ... aku mencuba ,
terkadang aku terlalu menjaga hati dan perasaan lain yang disisi ,
hingga terlupa menjaga hati sendiri .
    Aku terus memujuk hati ...
sabarlah ... sabarlah .... sabarlah ...
  tenang dan setenang mungkin dapat ku rasai ,
  dari nikmatnya yang ku perolehi ,
  lalu ku bisikkan dari hati ,
                 '' terima kasih rabbi ,
                         kerna kau sentiasa disisi ''


*berjaya menjaga hati :)